Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Disember 08, 2024

Pemimpin dan Amanah

Sifat utama sbg pemimpin adalah beramanah. Beramanah kpd pengikut yg beri amanah kpd pemimpin.

Jika tidak amanah, tidak berilmu. Jika tidak beramanah, tidak boleh membenarkan, tidak boleh dipercayai. Jika tidak amanah, tidak boleh berkongsi, sebarkan kebaikan.

Gelaran, jawatan, pangkat, harta, kuasa yg diberi adalah amanah. Jika tidak amanah, adalah seorg pengkhianat, tidak boleh dipercayai. Penyokong pengkhianat adalah juga pengkhianat. Elak puja, puji, sokong pengkhianat.

Ahad, Disember 01, 2024

Kalendar Sekolah

Kesan covid19, peperiksaan umum spt spm dan stpm diadakan pada tahun berikutnya. Kemudian sekrg, diadakan pada bulan 12. Bulan monsun timur laut. Bulan dalam musim bah/banjir.

Kurikulum dan silibus sekolah sekrg amat banyak dan tahap tinggi. Ada yg dulu2 kita belajar semasa tingkatan 6 atau di ipt selepas sekolah. Adakah hasil pemikiran syok sendiri?

Molek, kurikulum dan silibus sesuai dgn sesi persekolahan bermula di bulan februari. Dan berakhir di pertengahan oktober. Bagi tingkatan 5, rancang spm bermula pertengahan oktober dan tamat pertengahan november.

Pendidikan Cemerlang

Bagaimana nak menilai pendidikan cemerlang? Melalui bilangan A semasa peperiksaan umum di sekolah menengah? Melalui bilangan graduan dari ipt?

Pendidikan cemerlang adalah satu sistem. Bukan hanya keputusan di atas kertas. Rakyat yang beramanah, adalah rakyat yg berpendidikan cemerlang. Rakyat yg beradab adalah rakyat berpendidikan cemerlang.

Perancangan strategik dan seterusnya pelaksanaan berterusan adalah penting. Bilangan murid nisbah dgn cikgu di dlm kelas di sekolah perlu diminimakan. Kurikulum pendidikan perlu dipermudahkan mengikut keperluan murid sekolah dan kemampuan cikgu.

Peperiksaan umum spt penilaian darjah 3, penilaian darjah 5 perlu diadakan semula. Tempoh pengajian asas di sekolah menengah cukup sehingga tingkatan 4? Jika murid tidak capai keputusan minima semasa peperiksaan, perlu mengulang pengajiannya.

Bijak Sana Bodoh Sini

Kita kononnya ramai bijaksana. Kadar boleh membaca (?) rakyat kita amat tinggi. Biasanya jika literacy tinggi, diandaikan ramai yg bijak pandai.

Tapi setiap kali berlaku bencana, ketampakan bijak di sana, bukan di sini dikalangan kita. Banyak kemusnahan dan kerugian berulang. Pembangunan baru hanya utk bina semula kehidupan. Bukan utk kemajuan.

Kita banyak membazir. Setiap masa. Kita rasa kita bijak dgn membina bangunan tinggi2, kawasan hijau menjadi konkrit. Alam mengingatkan kita, sebenarnya kita bodoh sebab tamak, sombong, dengki, kedekut.

Kerja Bodoh

Berat jika dikatakan kerja bodoh. Ada yg berkata, jika buat benda sama, dan harapkan hasil berbeza, ianya kerja bodoh. Kerja orang bodoh.

Setiap tahun banjir akan berlaku. Hampir setiap 10tahun, banjir besar berulang. Kerugian kewangan, masa, usaha dan lain2 berulang. Mereka yg sama terkesan, sama ada sebagai mangsa, atau sbg yg membantu.

Adakah yg diamanahkan buat kerja bodoh? Atau tidak buat kerja? Jika yg buat kerja bodoh atau tidak buat kerja terus ditatang, kita yg bodoh?

Turun Padang

Biasa kita lihat bos atau ketua atau pemimpin turun padang. Atau 'be on field'. Membuat lawatan, kunjungan mesra, memberi bantuan, dll. Apabila ketua turun padang, biasanya semuanya indah belaka.

Viral sekarang, di musim boh, boh besar bowok bot. Beri bantuan, menyelamat rakyat yg terkesan akibat banjir. Ini satu usaha yg baik.

Walau bagaimana pun, ianya juga memberi mesej positif dan negatif. Jika boh terpaksa turun padang, adakah sebab kuli2 tak boleh buat kerja. Atau boh xtahu buat kerja. Atau boh sama2 bekerja dgn kuli2.

Dlm pengurusan, biasanya boh bekerja di perikat strategik. Ini berkait dgn kuasa dan usaha. Teringat kata2 seorg kawan lama yg dah pencen, 'kalau kapten buat kerja prebet, buat apa ada prebet'. Beliau dah lama pencen dgn gelaran dato 2 bintang. Saya masih prebet sebab masih tiada pangkat utk ditunjukkan.