Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Januari 30, 2025

Juadah Tahun Baru

Kita di negara kita meraikan pelbagai sambutan kaum dan bangsa pada setiap tahun baru, dan juga bulan baru. Sambutan dilakukan biasanya dgn jamuan hidangan pelbagai juadah. Peluang menikmati juadah yg jarang2 disediakan.

Iklan halal kementerian perpaduan mengingatkan dan menyedar rakyat di negara kita. Ianya juga utk mengelak salahfaham, dan memastikan hubungan antara kaum dan agama sentiasa sejahtera.

Ramai drpd kita tiada, kurang, atau salah faham tentang makanan yg halal. Mungkin molek jakim, ikim, dll agensi agama dan kerajaan sentiasa mengingatkan kita.

Tahun Baru (2)

Setiap tahun georgian di negara kita, ramai ada azam baru. Di negara kita azam tahun boleh dibuat lebih drpd sekali kerana kita raikan banyak tahun baru, ikut agama, bangsa, kepercayaan.

Tahun baru peluang mulakan tahun dgn peluang baru. Peluang memperbaiki diri. Peluang tingkatkan bekalan sebelum tiada lagi peluang utk bawa bekalan ke kubur dan akhirat.

Semalam, di tv saya lihat satu iklan/ pesanan drpd kementerian perpaduan. Tentang perkongsian makanan yg halal. Pujian patut diberi menggunakan media utk kebaikan bersama.

Tahun Baru

Semalam tahun baru cina. Tahun ular, seekor drpd 12 ekor binatang dlm kalendar tahun cina.

Kita beruntung berada di negara kita. Setahun ada banyak tahun baru. Biasanya bermula dgn tahun baru kristian(?), diikuti tahun baru cina ( sama ada di bulan januari atau februari, dan tahun2 baru agama atau bangsa lain.

Tahun baru umat islam tidak tetap bulan dlm bulan georgian. Tahun baru islam pendek 10 hari drpd tahun georgian. Akan ada 2 tahun baru islam dlm satu tahun georgian setiap 33 (?) tahun georgian.

Khamis, Januari 23, 2025

LOTR & Islam

Pengamatan dan kefahaman saya, cerita LOTR ada berkait dgn Islam. Ada bab berkait alquran, adan bab berkait sejarah Islam.

Sauron, adalah dajal mata satu. Mereka yg gila kuasa tunduk ikut sauron. Dan tembok terbuka utk orc keluar menentang kebenaran, spt tembok yg mengunci kaum yajuj dan majuj.

Peperangan yg libatkan tentera baik datang di awal pagi. Tentera baik seramai 10ribu orang turun ke lembah melawan kejahatan. Kembalinya raja utk tegakkan kebaikan.

Selasa, Januari 21, 2025

20%

20% biasanya bernilai lebih besar drpd 20sen. Jika berniaga, biasanya 20% adalah untung kasar. Jika untung bersih 20%, memang ramai nak berniaga dlm barangan atau perkhidmatan sebegini.

Jika dikenakan 20% ke atas nilai jualan, maka kebanyakan yg nak berniaga akan terkedu, kelu. Dan seterusnya akan lupakan hasrat menjadi usahawan. Usahawan sama ada kemungkinan rugi bersih, kecuali untung bersih drpd nilai jualan melebihi 20%.

Pembuat polisi biasanya diharapkan amanah semasa buat polisi. Elak guna formula mudah, tanpa merujuk kpd pelaksana.

20 sen

20 sen

Nilai duit yg diminta oleh adik kpd kakak utk jadi posmen, utk rahsiakan hubungan kakak dgn pakwe. Dlm cerita seniman bujang lapuk.

Cerita2 arwah p ramlee banyak mempunyai mesej tersirat selain drpd yg tersurat. Jika boleh, saya nak tawarkan kursus berkaitan cerita p ramlee. Siapa yg pegang hakcipta utk saya hubungi?

20 sen juga umpama rasuah. 20 juga umpama amanah. Bergantung kpd pandangan pihak berbeza. Jika ianya dipuja sbg sedekah, penerima sanggup terus puja dan puji pemberi 20 sen, walau pun undang2 berdasarkan fakta telah dapati penjenayah bersalah, wajar didenda, dihukum penjara, dilucut gelaran, jawatan, pangkat, serta pelbagai kemudahan.

Sabtu, Januari 18, 2025

Baik Ada Makna

Sebaiknya, kita buat baik utk sejahtera dunia dan akhirat. Bukannya buat buat baik utk senang di dunia shj.

Biasanya, kita berbaik, buat baik utk kepentingan kita. Ada yg sanggup buat apa shj asalkan dia akan baik di dunia. Buat baik utk dpt pangkat, jawatan, gelaran, kuasa, harta dunia. Jika demikian jatuh hukum macam mana tu?

Setiap masa yg kita ada, adalah peluang utk buat baik kpd kita utk baik di dunia dan di akhirat. Apabila kita mati, yg baik utk kita antaranya adalah anak yg soleh, ilmu yg dimafaatkan, dan sedekah jariah.

Apa Lagi Prof

Atau, 'selepas ni apa pula prof'. Begitulah soalan saya selepas melawat dan melihat pejabat pegawai khas nc uitm. Selepas beliau tamat tempoh dan menolak disambung sbg dekan di fsr.

Saya tak ingat secara verbatim jawapan beliau. Mungkin jawapannya sbg nc? Mungkin sbg ahli politik. Tapi tidak beliau jawab sbg prof islam.

Arwah sangat 'bersungguh' dlm melakukan sesuatu. Dan biasalah, org baik akan dipergunakan org lain utk kepentingan peribadi walaupun secara tidak amanah.

Isnin, Januari 06, 2025

BP dan Sihat

BP atau blood pressure atau tekanan darah. Berkait dgn jantung. Biasanya jika bp tinggi, kita diandaikan tidak sihat.

BP sihat dikatakan 120/80. Selepas ambil vaksin ke3, bp sayabiasanya 140/90 ke atas. Doktor pakar kata sebab xcukup rehat. Jururawat biasanya akan terkejut dgn bacaan bp saya.

Saya telah diberi ubat utk bp dan kolesterol. Bulan lepas, disember 2024, dosage tambahan utk bp. Selepas ambil ubat baru sebiji, memang sangat berkesan. Bp biasanya akan kurang drpd 120/80. Beberapa kali antara 111/8x ke 118/8x. Kesannya, sakit kepala, yg saya andaikansbb bp tinggi, tetapi bp rendah pun boleh sakit kepala.

Kita Baik/Tidak Baik

Kita ingin baik, sihat,
Kita ingin jadi baik,
Kpd org lain, supaya org lain baik kpd kita.
Tapi, jika kita terlampau baik, 
Kpd org lain, kita akan jadi tidak baik, tidak sihat,
Maka kita adakala perlu tidak baik.

Kita suka kawan, keluarga, kenalan, jumpa kita,
Tapi kita tak tegur kawan buat yg tak baik spt merokok semasa bersama kita.
Ramai yg jadi tidak baik, tidak sihat akibat asap rokok dari rokok yg dihisap mereka yg berada dgn kita.

Jika kita tidak sihat kerana asap rokok org lain, siapa patut kita salahkan?
Saya sangat marah dgn mereka yg merokok di dlm tandas.
Asap rokok lama berada di dlm tandas.
Bolehkah mereka yg merokok di tempat dilarang merokok didenda rm10ribu, dan berada di dlm bilik penuh dgn asap rokok minima selama 3jam?