Petang semalam, dah hampir pukul 7mlm, saya keluar rumah ingin mencari beberapa barangan keperluan, dan kehendak. Di luar kawasan rumah beberapa anak jiran sedang bermain bolasepak.
Sebaik kereta saya melintas seorang anak jiran yg sedang menunggu utk meneruskan permainan bolasepak, beliau berdiri tegak. Dia memberi tabik hormat kpd saya. Saya membalas tabiknya, sambil tersenyum. Beliau tersenyum balas. Tertanya juga, kenapa anak jiran beri tabik hormat kpd saya.
Di kejiranan semasa saya, ada beberapa bekas anggota pasukan berseragam. Ada juga yg masih aktif. Biasanya, yg tabik kpd saya adalah jaga laluan masuk/keluar kawasan.