Semoga catitan di blog ini dapat memberi perubahan positif kepada saya dan pengunjung blog ini.
Mengenai Saya
- cebad
- focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management
Sabtu, April 04, 2026
Manusia dan 3L
Jumaat, Mac 27, 2026
Perjalanan Balik Kampung Ramadan 1447h
Balik Kampung Raya 1447
Saya balik ke kampung utk beraya tahun ni pada 19mac. Tarikh sama ada sehari sebelum raya atau 2hari seblm raya.
Saya naik bas ekspres semula, setelah lebih 6bulan tak naik bas ekspres. Alhamdulillah, bas ekspres sekrg sgt berbeza berbanding bas ekspres pada tahun 70an (setengah abad yg lalu).
Perjalanan dari turun rumah dan naik rumah di kampung hampir 14jam. Perjalanan bas dari stesen bas ke destinasi 13jam. Terima kasih kpd kedua2 pilot, perjalanan selesa.
Balik Kampung
Biasanya kita seronok balik kampung. Seronok antara lain, kerana suasana di kampung yg biasanya berbeza drpd suasana harian di sepanjang tahun mencari rezeki atau belajar.
Balik kampung tidak sama bg semua orang. Kerana makna kampung tidak semuanya sama bg semua. Balik kampung utk pelbagai sebab. Sebab sukarela, sebab paksarela.
Bagi budak sekolah jalan stesen, balik ke kualer spt balik kampung juga. Balik ke alma mater, kpd ibu yg memberikan ilmu kematangan.
Selasa, Mac 10, 2026
Ramadan dan Kenangan (4) Di Kualer
Ramadan dan Kenangan (3) Iqra
Ramadan dan Kenangan (2)
Ramadan ada beri kenangan suka. Ramadan ada beri kenangan duka. Ramadan juga beri peringatan.
Apabila ramadan tiba, biasanya ramai yg fokus kpd syawal. Ramai rasakan syawal lebih bnyk kegembiraan drpd ramadan. Kanak2 lebih teruja dgn syawal kerana akan dapat duit raya, baju raya, cuti sekolah.
Ramadan dikatakan sbg bulan barakah. Bnyk kebaikan tersedia bg yg tahu, mencari, berusaha mendptkannya.
Isnin, Mac 09, 2026
Ramadan dan Kenangan: Bersama Keluarga
Sabtu, Mac 07, 2026
Ibu dan Anak (7)
Ibu dan Anak (6)
Ibu dan Anak (5)
Ibu dan Anak (4)
Ibu dan Anak (3)
Kita biasa dengar, seorg lelaki dinasihatkan memilih bakal isteri berdasarkan 4perkara. Kecantikan, keturunan, kekayaan, dan pegangan agamanya. Yg amat disarankan, yg terbaik, adalah pegangan agama bakal isterinya.
Kecantikan akan pudar, keturunan boleh menjadi hina, kekayaan boleh menjadi miskin. Tetapi pegangan agama yg betul, baik, dan kuat akan menjadi asas utk keluarga, dan anak2 bakal dilahirkan. Tapi, bagaimana menilai pegangan agama seseorang, selain pakaiannya?
Selain bakal ibu, bakal bapa juga perlu dinilai. Tapi jarang dikongsi apakah penilaian yg betul, dan baik, utk menilai seorg bakal bapa. Biasanya, ramai menilai ikut status akademik, status harta, status keturunan. Beruntung seseorg yg masih ada ibu dan juga bapa.
Ibu dan Anak (2)
Ibu dan Anak
Semasa tokwan kalsom meninggal dunia pada 1949, beliau tinggalkan 4org anak kecil. Maklong, yg paling tua berusia 6tahun. Bonda saya berusia 4tahun. Ayah yan berusia 1tahun 10bulan. Dan arwah ayah jan berusia 9bulan.
Di kala tokwan kalsom akan meninggal dunia, dia meminta utk diberi pegang arwah ayah jan. Seolah2 tokwan kalsom tahu masanya di atas dunia tidak lama. Arwah ayah jan pun, ikut kata bonda saya, seolah2 tahu, bhw pegangan oleh tokwan kalsom adalah pegangan terakhir.
Naluri seorg ibu terhadap anaknya, dikatakan sangat kuat. Dapat merasa baik dan buruk tentang anaknya. Mungkin sebab seorang anak yg dilahirkan ibunya, meninggalkan kesan fizikal dan bukan fizikal selama2nya di dlm ibunya.
Kubur Kg Raja (2)
Kubur Kampung Raja
Khamis, Mac 05, 2026
Perjalanan terakhir ayahanda balik kampung
Pada januari 2020, adalah perjalanan terakhir arwah ayahanda balik ke kampung. Walau pun bukan ke kampung asal ayahanda, mahu pun bukan ke kampung rumah arwah bonda arwah ayahanda. Balik ke rumah arwah ayahanda dan arwah bonda kpd bonda saya.
Perjalanan terakhir arwah ayahanda bersama saya termasuk bonda, 2bonda saudara. Perjalanan melalui lpt1 dan lp2. Dlm perjalanan, setiap kali ayahanda ingin ke bilik air, saya akan bawakan ayahanda.
Adakala guna tandas biasa, adakala guna tandas oku. Di satu rnr, ayahanda berpeluang menggunakan tandas dgn diawasi sang saka biru bersenjata.
Perjalanan 300tahun
Minggu ini minggu perjalanan 300tahun. Seumpama frasa inggeris, a trip of memories. Kenangan berusia 300tahun, atau lebih.
Saya memandu kereta membawa bonda, bonda saudara, dan ayahanda saudara balik ke Kelantan. Mereka ingin berpuasa, berbuka puasa, bersahur, di kampung. 2 drpd mereka berusia lebih drpd 80tahun. Seorg berusia hampir 80tahun. Pemandu berusia hampir 60tahun.
Walaupun perjalanan melebihi 400km, hampir 8jam, merekaa bertiga tidak tidur sepanjang perjalanan. Perjalanan balik ke kampung, dan balik dari kampung, akan dipenuhi dgn kenangan seumur hidup mereka.
Isnin, Mac 02, 2026
Masa dan Usia Kita
Ahad, Februari 22, 2026
Masa dan Pensyarah (2)
Masa dan Pensyarah
Isnin, Februari 02, 2026
BP dan Adikberadik
Pagi semlm, bangun dari tidur, bp masih tinggi. Bacaan atas dan bawah tinggi. Nadi pun tinggi. Setelah makan ubat, bp turun.
Tengahari, saya keluar makan dgn 2 adik saya. Makan di gerai makan di medan selera. Kemudian ke kedai runcit dan kedai sayur/buah. Balik ke rumah, saya ambil bacaan bp. Yg atas bacaan cantikpada kali ke3. Yg bawah kurang drpd 100. Tapi nadi tinggi.
Bp dan nadi tinggi tanda tidak sihat. Tapi, apabila bersama adikberadik, mampu rendahkan bp. Kesihatan emosi dan sosial ada kesan kpd kesihatan fizikal.
Sabtu, Januari 31, 2026
Bp dan sakit leher
BP dan ubat
BP dan Kesihatan
Rabu, Januari 28, 2026
Memori - laluan 84 (2)
Laluan 84 adalah laluan keluarga. Dari sebelum simpang 3 jertih ke kg raja, hingga ke kuala besut, ramai keluarga kami bina rumah dan kedai mereka. Sama ada di laluan 84 atau di kawasan hampir laluan 84.
Tahun 86 tahun terakhir arwah tok ayah melawat saudara mara beliau pada hari raya puasa. Naik kereta mecedih kuning arwah ayah jan. Singgah di jertih, kg raja, kuala besut.
Kereta masih tidak banyak pada 1986. Biasanya ke kubur di kg raja sebelum solat raya. Dulu sempat balik solat raya di pasir putih.
Memori - laluan 84
Isnin, Januari 26, 2026
Makan Malam Ini
Alhamdulillah. Malam ni makan nasi putih kuah kari ikan, dgn sup keting/urat. Hajat nak makan bersama daging dan lemak bakar. Tapi perut dah terasa kenyang, walau pun nasi separuh shj.
Sekrg, mkn mlm saya lewat. Tidak spt dulu, seblm 8mlm. Jima makan sebelum 8mlm, sempat utk IF selama 16jam, lunch 12tgh. Tapi jadual sekrg berkisar dgn kembar.
Apabila balik ke Kelantan, mmg nafsu nak makan besar. Apabila ke kedai makan, atau gerai makan, terasa nak banyak. Mungkin sbb harga murah sedikit berbang KL? Atau nostalgia makan malam beramai2 serentak dgn keluarga, dgn pelbagai juadah hidangan apabila balik kampung?
SKMK Lemak Bakar
Sekrg, di hari raya, telah jadi kebiasaan tuanrumah jamu kambing panggang, atau kambing bakar. Begitu di majlis perkahwinan, hidangan kambing bakar sudah jadi kebiasaan.
Di kelatae spt di negeri2 lain, kita biasa lihat kambing bakar sbg lauk pilihan utk nasi kerabu, nasi sup. Selain kambing bakar, ada ayam bakar, ikan bakar. Dan ada juga lemak bakar.
Hari ni, ambo makae nasi putih dgn daging bakar bercampur lemak bakar. Di bulan puasa, di bazar ramadan, lemak bakar antara lauk yg paling cepat habis dijual. Lemak bakar sedap dimakan panas2 dgn nasi panas.
SKMK Nasi Sup
SKMK Nasi Belauk
SKMK JJCM
Biasa kita dengar, skmk - sampai kelantan, mesti kahwin. Sekrg, skmk - sampai kelantan, makan kenyang. Atau skmk - sengoti kenyae maghi kelatae.
Kelantan spt negeri2 di negara kita punyai pelbagai juadah utk kita makan. Dari pagi smp dinihari, smp mlm.
Jika dulu2 hanya juadah masakan melayu dan siam, sekrg pilihan juga termasuk mamak, chinese muslim, western dll
Khamis, Januari 01, 2026
Kembar dan Kesihatan
1.1.26, kembar nò2 sambut tahun baru di rumah dgn saya. Kembar no1 sambut tahun baru di hospital dgn ibunya.
Kedua2 kembar sakit rsv. No2 masuk wad dahulu. 3h2. Keluar rabu 24dis petang. 24dis malam, kakak no1 pula masuk. Sakit lebih teruk drpd adik.
Sihat dan sakit adalah ujian. Ujian kpd kembar secara langsung. Ujian kpd kami, ibubapa dan bibik yg menjaga. Ujian kpd sedara mara yg tahu kembar tidak sihat, risau ttg kesihatan kembar. Semoga diampunkan allah.
Ibubapa dan Tidur
Tidur biasanya cabaran kpd ibubapa. Menjadi ibubapa akan mengubah tidur ibubapa. Biasanya ibubapa tidak cukup tidur berbanding sebelum ada anak.
Tapi sebelum ada anak, suami isteri tak cukup tidur, berusaha utk dapat anak. Suami isteri juga tidak cukup tidur semasa isteri mengandung. Begitu juga apabila masa utk melahirkan semakin hampir.
Setelah dikurniakan anak, biasa utk ibubapa xcukup tidur. Kerap bangun di waktu malam utk beri susu, tukar lampin anak. Jika ke klinik utk pemeriksaan kesihatan anak kecil/bayi, jelas kelihatan ibibapa tidak cukup tidur.
01012026
Hari ini 1 januari 2026. Hari pertama utk 2026. Merayakan kali pertama dgn anak2 tahun baru.
Tapi seorg shj kembar di rumah, fatima. Maryam, kakak, merayakan tahun baru di hospital uitm, hasa. Masih belum sembuh drpd sakit rsv pneumonia.
2025, alhamdulillah, allah kurniakan kpd kami kembar 2 perempuan. Maryam dan fatima. Lahir pada 25.08.25. Pada usia saya 58tahun 6bulan.