Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Ogos 28, 2025

Kelangsungan Hidup (2)

Kelangsungan hidup biasa dikaitkan dgn keselesaan hidup di dunia. Ramai yg merancang nak pastikan hidup di dunia yg selesa. Islam mengingatkan umatnya utk hidup sejahtera di dunia dan di akhirat.

Berada di hospital, sama ada sekejap atau lama, berkaitan kelangsungan hidup. Dapat lihat, alami, proses kelangsungan hidup, bermula dgn usaha utk dapatkan zuriat, kelahiran, sakit, berakhir dgn kematian.

Berada di hospital saiz berbeza, lokasi bandar atau luar bandar, klinik kesihatan, dll pusat kesihatan, berpeluang utk kita lihat khidmat kakitangan kesihatan. Terima kasih kpd kesemua kakitangan yg menjalankan tugas dgn amanah.

Kelangsungan Hidup

Kelangsungan hidup atau kelestarian hidup. Berkait dgn kehidupan dan kematian. Berkait dgn awal dan akhir.

Sejak ahad 24ogos, saya berkampung, bermukim di ppum. Menunggu, menyambut, menjaga 2puteri, dan ibu mereka. Alhamdulillah, kedua2 puteri dan bonda mereka selamat semasa kelahiran pada 25ogos, sehingga sekarang.

Kompleks, wad, bilik bersalin kami terletak bersebelahan dgn masjid ppum. Pada 24ogos 2014, arwah nenek saya telah meninggal dunia, dimandikan dimasjid ppum. Begitulah kitaran hidup kita, lahir dan mati.

Rabu, Ogos 20, 2025

Amanah dan Subahah

amanah dan subahah tidak seiring atau bersama, biasanya amanah dgn sahabat. sahabat mungkin saudara, mungkin kawan, mungkin kenalan. amanah bersahabat utk berbuat baik utk sejahtera dunia dan akhirat.

subahah mermakna ragu2 baik atau buruk. jika subahat, diertikan sbg bekerjasama dgn musuh atau mereka yg tidak baik. amanah sebaiknya elak subahah. amanah mengelak bersubahat, utk melakukan perkara tidak baik. mereka yg terlibat dgn subahat mungkin keluarga, kenalan atau bukan kenalan, tetapi bukan sahabat kita. walaupun ada iktirafkan yg bersubahat dgn sahabat (mengikut takrif mereka).

bersubahat bermakna bersedia untuk melakukan perkara tidak baik. sedar dan tahu akan berbuat tidak baik. tidak boleh diterima bersubahat kerana keluarga, kawan, kenalan atau bukan kenalan. jangan salahkan org lain jika didapati bersubahat, dan seterusnya dihukum.

Merdeka dan Amanah

merdeka biasanya dikaitkan dgn bebas. bagi sebuah kawasan spt negara, negara merdeka adalah bebas drpd terikat, tunduk kpd kuasa luar. seorang yg merdeka adalah seorang yg bebas dan tidak bertuan.

seorang islam adalah seorang yg merdeka. bebas utk lakukan apa shj, tetapi ada ikatan, masih perlu tunduk. seorang manusia adalah hamba allah. perlu patuh undang2 dan peraturan yg telah ditetapkan di dlm islam. 

manusia dijadikan allah untuk beribadah kpd allah. ibadah kpd allah adalah amanah diberi allah kpd manusia. ilmu adalah perlu utk hidup merdeka dan beramanah di dunia, supaya sejahtera dunia dan akhirat. iqra.

4 SiFAT Pemimpin

semua orang adalah pemimpin. amanah paling utama memimpin diri sendiri supaya sejahtera dunia dan akhirat. untuk beramanah perlu berilmu. jika khianat tanda tiada ilmu. jika khianat tanda biadab.

pemimpin kepada orang lain perlu membenarkan apa yg benar dan betul. barulah dipercayai dan diyakini oleh org lain. utk membenarkan sesuatu, perlu berilmu. iqra. seterusnya, pemimpin menyampaikan perkara yg baik utuk diri, org lain, dan persikataran, sejahtera dunia dan akhirat. pengkhianat akan sebarkan fitnah, perkara yg tidak benar, tidak betul. pengkhianat akan rosakkan diri, org lain dan persekitaran. pengkhianat akan susahkan diri dan org lain di dunia, kubur, dan di akhirat.

pemimpin biasanya dilihat pada jawatan, pangkat, kuasa, harta. kesemuanya, jawatan, pangkat, harta, kuasa, adalah amanah. pastikan pilih pemimpin bukan pengkhianat. bersahabat dgn pemimpin, bukan dgn pengkhianat.

Selasa, Ogos 19, 2025

Amanah dan Kawan

Hidup adalah amanah. sebaik2nya amanah yg kita lakukan semasa hidup, memberi kebaikan kpd kita. antara amanah yg baik dilakukan semasa hidup adalah sedekah, ilmu dikongsi, dan anak yg soleh/solehah.

anak adalah keluarga. biasanya kawan bukan keluarga. biasanya kita tidak boleh pilih keluarga, kecuali keluarga baru. kita boleh pilih kawan kita. kita beramanah kpd keluarga dan bukan keluarga. sedekah dan ilmu boleh dikongsi dgn keluarga dan kawan juga.

amanah kita menjaga diri kita dan mereka yg dikasihi, utk sejahtera dunia dan akhirat. ada kalanya, keluarga dijauhkan utk kebaikan kita. ada kalanya, kawan tidak menjadi kawan utk kebaikan kita. hubungan sesama manusia juga adalah amanah dan ujian.

Amanah dan Jaga

amanah berkait dgn menjaga. jaga barang atau bentuk lain yg dipinjamkan kpd kita utk sementara waktu. dan kita perlu pulangkan kembali kpd pemiliknya. rezeki dalam pelbagai bentuk perlu dijaga utk dikembalikan kpd pemilik sebenarnya, Allah.

rezeki juga adalah ujian. dan kita diingatkan kita diuji ikut kemampuan kita. maka rezeki kita adalah kemampuan kita menjaganya dgn baik. rezeki kita yg utama adalah diri kita. kehidupan kita di dunia ini. maka kita mesti jaga diri kita utk sejahtera dunia dan akhirat.

manusia mudah lupa. manusia makhluk yg lemah. ilmu membantu kita utk beramanah. cukuplah Allah, sebagai pengawal dan pelindung kita. hanya kepada Allah kita sembah dan kita mohon pertolongan. 

Kawan dan Peringatan

setiap hubungan adalah amanah. setiap hubungan diharapkan agar akan beri kebaikan kepada pihak yg terlibat dlm hubungan. kawan adalah satu bentuk hubungan. kita ingin yg terbaik utk diri dan kawan kita.

teringat peringatan seorang kawan. seorang bergelar 'yg arif'. walaupun peringatan ini telah lebih sepuluh tahun, peringatan yg baik akan sentiasa kita ingat. peringatan yg baik sentiasa berguna utk setiap masa dan keadaan. peringatan juga adalah pesanan.

kata kawan saya (lebihkurang), 'mu kalau buat benda tak elok, aku tak berkawan dgn kau. mu jangan dekat dgn yg tak baik.'. pesan kawan tentang amanah. pesan kawan tentang penting jaga amanah. amanah mencerminkan kita, keluarga kita, kerabat kita, kawan kita, kenalan kita, guru dan anak murid kita. ramai yg lupa, amanah cerminkan pegangan kita.

Amanah dan Peringatan

 Amanah adalah peringatan utk menjaga apa yg diterima, dan memulangkan dalam keadaan sekurang2nya sebagaimana diterima. Khianat adalah memulangkan kembali apa yg dipinjamkan dlm keadaan yg buruk atau kurang drpd keadaan yg diterima.

Manusia tidak sempurna. tetapi manusia sebaik2 ciptaan Allah. 

Surah At-Tin (95:4), yang berbunyi:

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."

guna deepseek utk pengesahan.


tetapi manusia mudah lupa.

 Al-Quran memang menyebutkan bahwa manusia memiliki sifat mudah lupa. Hal ini dijelaskan dalam beberapa ayat, antara lain:

  1. Surat Al-Kahf (18): 54
    Allah berfirman:
    "Dan sungguh, Kami telah menjelaskan berulang-ulang dalam Al-Quran ini untuk manusia, tetapi manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah."
    Ayat ini menunjukkan bahwa manusia sering lupa atau mengabaikan nasihat dan peringatan yang diberikan Allah.

  2. Surat Ta Ha (20): 115
    Allah berfirman:
    "Dan sungguh, Kami telah mengambil perjanjian dari Adam dahulu, tetapi dia lupa, dan Kami tidak mendapati tekad yang kuat padanya."
    Ayat ini menceritakan tentang sifat lupa yang dimiliki manusia, bahkan sejak zaman Nabi Adam.

  3. Surat Al-A'raf (7): 172
    Allah berfirman:
    "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman), 'Bukankah Aku ini Tuhanmu?' Mereka menjawab, 'Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi.' (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari Kiamat kamu tidak mengatakan, 'Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan).'"
    Ayat ini menunjukkan bahwa manusia memiliki kecenderungan untuk lupa, bahkan terhadap perjanjian yang telah diambilnya dengan Allah.

  4. Surat Al-Anbiya (21): 37
    Allah berfirman:
    "Manusia diciptakan bersifat tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (kekuasaan)-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku untuk menyegerakannya."
    Sifat tergesa-gesa ini juga berkaitan dengan kecenderungan manusia untuk lupa atau tidak sabar.

Dari ayat-ayat tersebut, dapat disimpulkan bahwa Al-Quran mengakui sifat manusia yang mudah lupa. Oleh karena itu, Al-Quran sering mengingatkan manusia untuk selalu mengingat Allah, berzikir, dan mengambil pelajaran dari peringatan yang diberikan. (daripada deepseek)

Rezeki dan Khianat

Seorang yg berilmu akan amanah. seorang yg beradab adalah seorang yg berilmu. Amanah berkait dengan rezeki. Kita akan ditanya bagaimana kita uruskan rezeki kita.

Berulangkali ditulis tentang amanah dan rezeki. utamanya, sebagai peringatan diri. bukan untuk tunjuk pandai, atau sombong. ianya sebagai teguran kpd diri. teguran sbg peringatan kpd mati. peringatan kpd diri dan mereka yg kita kasihi.

alquran menceritakan tentang rezeki. menceritakan tentang kesombongan. sombong dengan rezeki yg dipinjamkan Allah dlm pelbagai bentuk, spt harta, kuasa, rupa, takhta, dll. rezeki dikurniakan Allah bukan utk kita sombong. tapi ramai sombong dgn rezeki pinjaman dari Allah. Pinjam utk amanah, bukan utk khianat. Bukan utk khianat merosakkan diri, masyarakat dan persekitaran.

Ahad, Ogos 10, 2025

Rezeki dan Sombong

Rezeki ada dlm pelbagai bentuk. Bukan hanya dlm bentuk duit shj. Rezeki juga dlm bentuk kesihatan fizikal, mental, emosi, rohani, sosial, dll. Rezeki adalah amanah utk kita sejahtera dunia dan akhirat.

Tapi ramai yg sombong dgn rezeki yg mereka terima. Mereka rasa rezeki kerana usaha mereka shj. Maka pangkat, jawatan, gelaran, kuasa, dirasakan hak utk mereka sombong.

Mereka sombong dgn merasakan mereka berjaya tanpa perlu pertolongan org lain. Mereka rasa mereka tidak perlu ditegur. Seorang yg sombong adalah seorg yg sama ada kurang atau tiada ilmu.

Sabtu, Ogos 09, 2025

Segi 3 Fraud

Fraud atau penipuan. Cressey pada tahun 70an perkenalkan teori segitiga fraud. 3 elemen dlm segi3 itu adalah pressure/motivation, opportunity, dan rationalisation. Atau dlm bm, tekanan/dorongan, peluang, dan alasan.

Fraud biasanya berlaku secara berkumpulan. Jarang secara berseorang. Umpama rasuah, ada pemberi, ada penerima/peminta. Jika tertangkap, penjenayah biasanya akan beri pelbagai alasan, jarang salahkan diri sendiri.

Jika tidak amanah, tidak layak jadi pemimpin. Pemimpin punyai banyak peluang utk buat salahlaku, penipuan. Di dunia, mungkin terlepas. Di akhirat, keadilan tetap dilaksanakan.

3M Makanan Minuman 2

Semasa di sekolah rendah, di pj, sek sri petaling, saya jarang bawa bekal makanan dan minuman ke sekolah. Biasanya saya dibekalkan dgn wang saku/pocket money.

Ramai kawan2 yg bawa air dlm botol. Ada air kosong, ada air berperisa. Saya biasa minum air paip atau beli di kantin. Saya suka makan nasi lemak. Nasi lemak biasa, tanpa telur, harga 10sen. Nasi lemak dgn telur, harga 20sen.

Jika rajin simpan duit, minum air dlm botol. Kesukaan saya, minuman kacang soya yeos. Saya jarang beli kuih di sekolah. Saya juga was2 nak beli mee kari dijual  oleh operator cina. Bau mee kari cina ingatkan saya ke zaman sekolah rendah.

3M Memori Makanan & Minuman

Baru lepas minum air sirap. Jenama ef en en. Sirap + air dari dlm peti sejuk. Ada rasa manis. Sirap merah atau sirap ros 

Minum air sirap mengingatkan kpd masa lampau. Di tadika pada tahun 70an, dihidangkan air sirap dgn biskut bulat masin. Di sekolah rendah dijual air sirap di kantin. Pada tahun 80an, rasa2 ada dijual air sirap di kantin, dan di carpet, belakang big school.

Sirap bandung (sirap campur susu) sedap dicicah roti. Selepas solat jumaat, di uitm, saya pernah lihat 2 pelajar berkongsi sirap bandung dan roti. Sirap bandung umpama abc - air batu campur cair.

Selasa, Ogos 05, 2025

Amanah dan Risiko

Pengurusan sesuatu organisasi perlu dilakukan secara beramanah. Sama ada organisasi milik seorg shj atau milik lebih drpd seorg.

Pemilik yg uruskan organisasi sendiri, perlu amanah juga. Bukan hanya kpd diri sendiri, tetapi kpd pihak lain, spt sipemberi hutang kpdnya, masyarakat, kerajaan. Amanah utk organisasi diurus dgn memberi kebaikan kpd diri, masyarakat, persekitaran, selain utk pemilik sejahtera, dunia dan akhirat.

Jika pengurusan organisasi dilakukan oleh bukan pemilik, mereka yg mengurus masih mesti mengurus dgn amanah. Mereka diberi gaji/ elaun, dll sebagai ganjaran. Risiko mungkin berbeza kpd pemilik apabila organisasi tidak diurus oleh pemilik sendiri. Semua perlu faham, beban amanah sbg pengurus.