Hidup penuh dgn ujian. Ada ujian sama, ada ujian berbeza dihadapi kita. Tahap beban utk ujian dihadapi ada sama, ada berbeza.
tadi semasa singgah di stesen minyak dlm perjalanan balik dari kerja, terlihat sepasang suami isteri bersama anak kecil berusia mungkin 2tahun. Mereka sedang bersedia meneruskan perjalanan balik ke rumah. Mungkin singgah utk solat maghrib. Mereka menaiki motorsikal.
Kita wajar bersyukur dgn rezeki kita. Dgn rezeki ada ujian. Jika saya rasa penat memandu 1jam lebih sehala dlm hujan, keluarga tadi mengingatkan saya beban dan ujian saya tidah seberat mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan