Penat. Kesedaran yang penting bagi kami yang telah dan akan mencecah 4oan.
Seronok. Perasaan bertemu dengan kawan2 yang ada diantaranya kali terakhir bertemu pada tahun 80an dulu. Begitu cepat masa berlalu. Melihatkan cara kawan2 bermain futsal, seolah2 berada di tahun 80an.
Pasukan 84 bermain dengan 82,85 dan 86. Tak sempat tahu siapa juara kerana saya balik awal.
Sebarang perasaan negatif terubat. Semangat setiakawan yang tidak pudar. Ikhlas kerana benar. Futsal sebagai sukan dan juga rekreasi. InsyaAllah hasil setiakawan akan merealisasikan pusat futsal kami.
Ingatkan dapat bergambar dengan brother2 YB baru, seorang ADUN Perak, seorang ADUN Terengganu dan seorang Timbalan Menteri. Tapi sudah jadi orang besar, tak dapat hadir kerana urusan lain yang telah dirancang awal2.
InsyaAllah futsal sebegini akan diadakan lagi dengan penglibatan lebih banyak pasukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan