Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, November 23, 2024

Masa dan Risau

Risau adalah sesuatu yg biasa difikirkan kita. Risau berkaitan masa kita. Risau akan ambil masa utk kita fikir bgmn utk selesaikan risau kita.

Kita boleh risau ttg masa depan. Masa yg lepas, telah berlalu, tak perlu risau. Masa yg sekarang akan jadi masa yg lepas, masa telah berlalu.

Kita risau masa yg akan dilalui. Risau ttg masa hadapan. Kita perlu risau masa yg akan kita hadapi dan yg akan alami selamanya. Masa yg amat kita perlu risau, masa di alam kubur, masa di akhirat.


Rabu, November 20, 2024

Tipu dan Bodoh

zaman sekarang, penipuan lebih biasa dikatakan sbg scam. penipu dipanggil scammer. dalam kehidupan seharian kita, kita biasa dipebodohkan atau discam. sama ada kita sedar atau tidak. scammer menggunakan kelemahan atau kelalaian untuk menjadikan diri kita bodoh. 

kita biasanya ingin dilihat berjaya di depan org lain. sebab ramai drpd kita diberitahu oleh mereka di sekitar kita, utk nampak berjaya, kita mesti ada pangkat, gelaran, harta, kuasa, jawatan, yg berkait dgn kuasa dan kekayaan. maka kita akan mudah terpengaruh dgn sebarang tawarn utk dpt kuasa dan kekayaan. maka scammer gunakan kelemahan, kelalain kita ini utk bodohkan kita.

kita guna banyak masa, kesihatan, harta, kuasa utk kejar kekayaan dan kejayaan dunia. dan kita sombong tidak mahu ditegur, diingat2kan dgn apa yg benar. 

Masa dan Ilmu Kita

surah yg biasa kita dengar, yg pernah kita belajar di sekolah, sentiasa diingat2kan oleh penceramah adalah surah al-asr. surah yg bermula dgn ayat, 'demi masa'. sebuah surah yg pendek tetapi banyak pengajarannya.

Demi masa.

Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian

Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran beserta berpesan-pesan dengan sabar.

Jadi, janganlah sombong dgn ilmu, pangkat, gelaran, jawatan, kuasa, harta dan keturunan. apabila kita sombong, dengki, tamak, kedekut, kita sebenarnya sudah kurang atau tidak berilmu. kita semakin kurang belimu, atau tiada ilmu/bodoh, jika kita sombong, tamak, kedekut, dengki.


Bodoh Juga Kita

Kasar tajuk kali ini. Tapi inilah realiti. walaupun berada di ipt, belajar tinggi2, kita masih bodoh. ramai yg bodoh tapi tidak sedar, termasuk saya.

saya bodoh kerana tamak. maka saya kena scam. asalnya ingat rugi hanya rm10. tapi lebih drpd itu. sebab tamak kononnya boleh beli barang hanya 10% drpd nilai asal, saya rugi drpd segi pembelian. tapi utk tenangkan diri, selain sudah ketentuan, saya anggap kerugian tersebut sebagi pelaburan utk pengajaran dan pembelajaran. biar bodoh sekejap atau dulu, tapi mesti kurang bodoh atau pandai seterusnya, atau kemudian.

ramai jadi bodoh secara sedar atau tidak. bodoh sebab lemah, atau sebab lalai. dan manusia ini biasanya lemah, lalai, dan dalam kerugian. ramai yg jangka sebab ada pangkat, jawatan, kuasa, gelaran, keturunan, harta, kita adalah bijak pandai. tetapi faktor2 tersebut menyebabkan kita bodoh, akibat lemah, lalai, malas, sombong, kedekut, tamak, dengki.

Ahad, November 17, 2024

Amanah Laluan 8

Bahagian laluan persekutuan laluan 8 ini, diantara kg pahi dan selepas HSIP, perlu banyak penambahbaikan utk keselamatan pengguna dan penduduk sekitar. Laluan ini kebanyakannya single lane.

Di bahagian jalan yg ada double lane adalah utk mudah dan selamatkan pengguna utk keluar/masuk simpang, spt ke Hospital Sultan Ismail Petra HSIP. Tapi ramai pengguna menggunakan laluan keluar/masuk simpang utk memotong.

Sediakan payung sebelum hujan. Jangan sediakan payung utk mangsa kemalangan. Amanah penggubal u2, penguatkuasa, pengguna.

Alah Membeli

Alah membeli, menang memakai. Ada pelbagai maksud dan tafsir utk perumpaan (?) ini.

Kita mungkin kalah atau tidak puashati dgn harga barang yg kita beli. Biasanya barang yg dibeli dgn harga mahal drpd kebanyakan harga barang yg hampir sama. Tetapi kita akan berpuashati dgn pemakaian atau penggunaan barangan itu. 

Biasanya sebab barang berkualiti Lebih mahal drpd barang kurang berkualiti. Kita biasa dengar, 'Good things no cheap. Cheap things no good.'

Tapi barang sekrg banyak murah dan berkualiti. Kos pengeluaran dapat dikurangkan dgn 'economic of scales'. Kasut baru saya harga rm59, jenama diadora. Kenapa murah? Sebab jualan di cawangan gudang, promosi hujung tahun, penghabisan stok.

Kita, Kaki dan Kasut 2

Arwah ayah terpaksa pakai kasut saiz 7, walaupun kaki yg lebar perlu saiz lebih besar. Walau bagaimana pun, kaki itu berjaya jaringkan gol kemenangan dlm perlawanan bolasepak MCKK lwn SMCKK pada 1958. 

Kasut terbaharu saya saiz 10. Utk mengelak berulang kecedaraan akibat pakai kasut ketat. Saiz kasut saya biasanya 8. Saiz kasut dibeli ikut jenama dan rekabentuk. 

Dah hampir 2 bulan, kuku ibu jari kiri masih ada darah beku, kerana silap pakai kasut bersaiz lebih kecil, dan trekking dlm taman negara. Alhamdulillah, tak perlu cabut kuku ibu jari kaki saya.

Kita, Kaki dan Kasut 1

Beberapa hari lepas, saya ke sebuah kedai pakaian dan kasut sukan. Sebuah syarikat tempatan yg punyai banyak cawangan, al-Ikhsn.

Saya berniat nak beli kasut utk tenis, badminton, pingpong, pickle ball. Spt biasa, saya akan tengok harga dahulu. Dan saya nyatakan kpd pemudahcara kedai, 'saya hendak beli yg murah, selesa, kerana saya jarang pakai, dan saya bukan atlet profesional'.

Kaki saya lebar. Bentuk B. Mengikut kaki arwah ayah. Tapak kaki arwah ayah tidak cantik. Kesan kehidupan keluarga bukan golongan m40 atau t20. 


Ahad, November 03, 2024

Segitiga Fraud

Fraud atau tidak benar. Penipuan, pencurian, rompakan. Bahasa terkini fraud adalah scam. Mengikut segitiga fraud, dilakukan fraudster/ penipu kerana 1. Opportunity - peluang, 2. Pressure/ motivation - tekanan/ dorongan, 3. Rationalisation - alasan.

Fraud berjaya kerana yg ditipu dan yg menipu juga 1. Tamak, 2. Dengki, 3. Sombong, 4. Kedekut. Yg ditipu biasanya miskin ilmu dan juga kerana segitiga fraud, 1. Percaya peluang terbaik, 2. Tekanan hidup/ dorongan utk dapat yg terbaik, 3. Beri alasan, jika tidak benar, xrugi pun kerana mencuba.

Penggubal u2 perlu beramanah dan tegas dlm menghukum dan denda fraudster. Potong tangan, potong lidah, rampas harta fraudster termasuk harta keluarga dan kawan mereka, denda minima 10x ganda nilai fraud atau rm100ribu, yg mana lebih tinggi.

Amanah yb gubal u2 utk sejahtera majoriti rakyat dan negara. Elak vavi di hutan disusukan, keluarga di bangsal mati kelaparan.