Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Februari 28, 2025

Harta dan Amanah

Seorang pemimpin mempunyai amanah yg sangat besar. Diantara amanah pemimpin berkait harta. Mengurus harta sendiri dan harta orang lain.

Rasulullah s.a.w adalah contoh kpd kita. Sebagai seorang islam. Sebagai pemimpin. Sebagai ketua keluarga. Baginda tidak hidup secara bermewah2, sombong, kedekut, tamak, berdengki. Begitu juga dgn keluarga terdekat baginda. Begitu juga dgn sahabat2 baginda.

Bandingkan dgn pemimpin kita. Berapakah kekayaan dunia yg dimiliki peribadi, dimiliki ahli keluarga. Bandingkan gaya hidup mereka. Antara yg akan ditanya kelak, harta datang dari mana, dan pergi ke mana.

Rabu, Februari 26, 2025

Usia di Dunia

25 feb semalam, usia saya di dunia bertambah lagi ikut tahun masihi. Berbaki 2 tahun utk tamat bekerja tetap di uitm. 1 feb tahun ini telah cukup 24tahun saya sebagai pensyarah di uitm.

Semakin berusia kita, semakin kurang usia kita di dunia. Umur yg panjang boleh jadi kebaikan, dan boleh jadi keburukan. Jika kita masih seperti dahulu, tiada perubahan baik dgn setiap saat diberikan kpd kita, kita buat hidup secara bodoh?

Setiap masa, ada pelbagai cara utk kita dapat kebaikan berganda. Di bulan puasa, jika rezeki lailatul qadar, ibadah kita utk satu malam, umpama seribu bulan. Usahakanlah.

Tabligh

Tabligh adalah satu sifat pemimpin dalam islam. Tabligh adalah menyampaikan. Utk menyampaikan sesuatu, perlu penuhi 3 sifat lain pemimpin dlm islam - amanah, siddiq, fatonah.

Selama 3 mlm di surau saya, terdapat jemaah tabligh. Mereka sekumpulan dgn tuan majlis di surau. Mereka dari pelbagai negara. Seorang mereka dari nigeria. Beliau fasih berbahasa melayu, berbanding warganegara kita yg telah lama berada/lahir di negara kita.

Jemaah tabligh tegur kita utk kita perbaiki diri kita. Utk kita sejahtera dunia dan akhirat. Mungkin jika mereka berpakaian dan bergaya yg lebih presentable, teguran mereka lebih mudah diterima?

Tegurlah

Tegur utk kekalkan yg baik. Atau, tegur utk kurangkan atau hapuskan yg tidak baik. Juga, tegur utk lebih baik.

Tegur itu komunikasi. Ada pelbagai cara utk tegur. Secara fizikal, secara bersuara, atau secara berdoa. Sesuaikan cara tegur dgn keadaan dan masa. Saya dikerap ditegur dgn hon kenderaan.

Manusia tidak sempurna. Kita mesti sedia ditegur. Sebab mudah lupa, mudah sombong, mudah dengki, mudah kedekut, mudah tamak, mudah hilang atau kurang ilmu. Ada kala sebab kita tidak fokus, khayal, atau lain2 sebab.

Ahad, Februari 23, 2025

Malas

Secara umumnya, satu perbuatan negatif. Dan biasa dikaitkan dgn bangsa M. Tapi ada yg berkata, kita dicanang sebagai malas kerana tidak mahu ikut perintah bangsa asing, yg datang ke tempat kita. Yg mahu jadikan kita pak turut, hamba kpd mereka.

Ada pelbagai sebab malas. Nak senang. Tak nak susahkan diri. Tak nak guna akal, fizikal, emosi, duit, dll. Ada juga sebab dah bosan, kecewa, penat, merugikan masa/duit, elak laku benda yg tak berfaedah kpd diri. Adakala arahan kerana ketua malas?

Jangan mudah kata seseorang itu malas. Jangan cepat malas tanpa fikir kesannya. Tidak semua yg dibuat itu betul dan perlu.

Jumaat, Februari 21, 2025

Red Flag Dalam Perakaunan

Red flag atau bendera merah dlm perakaunan tidak sama dgn bendera merah berkaitan perempyan. Red flag dimaksudkan sbg awas, berhati2, spt bendera merah di pantai.

Red flag umpama lampu merah keselamatan yg menyala apabila berlaku kecemasan. Tapi red flag perakaunan khusus berkait kewangan. Antara pencetus red flag adalah perubahan/ peletakan jawatan pengurusan utama, auditor luar kerap bertukar, auditor luar tidak dapat nyatakan pendapat tentang true & fair view penyata kewangan disediakan.

Selain itu, jika seseorang terlalu lama di jawatan tertentu, dan beliau mempunyai kuasa terhadap operasi, sedangkan telah lama organisasi rugi setiap tahun. Pengurusan baru, dan pelabur perlu ambil tindakan tepat dan tegas segera utk pastikan organisasi tak terkubur, dan penjenayah ketawa ke kubur.

Undang2 Dunia

Kebanyakan undang2 dunia digubal oleh mereka yg wakili mereka yg ada kepentingan dunia. Dan biasanya yg gubal akan faham kelebihan dan kekurangan u2 yg mereka gubal.

Dan jika mereka yg gubal u2 atau u2 digubal utk pihak berkepentingan, mereka tahu bgmn nak manafaatkan atau elak hukuman jika lakukan kesalahan dunia. Atau mereka mampu utk upah pakar u2 utk pastikan mereka sama ada dapat manafaat atau elak hukuman u2 dunia.

Mereka ini, adalah tidak amanah. Mereka salahguna kuasa. Semoga mereka yg terlibat dgn ketidakadilan ciptaan u2 dunia mendapat pembalasan seadilnya di dunia, di dlm kubur, dan di akhirat.

Selasa, Februari 11, 2025

Agama dan Bangsa

Tidak semua beragama sama, berbangsa sama. Tidak semua berbangsa sama, beragama sama.

Agama berkait kepercayaan, menerima ketuhanan, ada cara kehidupan agama. Bangsa berkait kaum, tentang budaya kehidupan kaum.

Agama tidak boleh dikatakan sebagai bangsa, dan juga sebaliknya. Tetapi, ada agama pengaruh kehidupan bangsa. Ada bangsa pengaruh cara beragama.

kita diingatkan, ditegur, di dalam kubur, kita akan ditanya tentang agama, bukan tentang bangsa atau kaum kita.

Selasa, Februari 04, 2025

Soalan Temubual

3 soalan dan jawapan sebaiknya drpd saya?


1. Latarbelakang - 

cv, borang permohonan, fakta berkait yg dimohon


2. Tugas & tanggungjawab, isu semasa -

Iklan, akauntabiliti & amanah, kaunseling, disiplin, sop, iso 9001, iso 31000


3. Jawatan tertinggi & keusahawanan -

Ined, ican, mdab, kebolehpasaran graduan, jaringan dlm dan luar, kurikulum keusahawanan, kaunseling, kursus jangka pendek, kursus2 pernah dikongsi - akaun, ekonomi, keusahawan, pengurusan acara, komunikasi, pelaporan, pengurusan risiko, pengurusan...


Tapi... semoga dikurniakan rezeki yg halal, barakah, mencukupi

Kerja Berpasukan

Biasa kita diberitahu, 'TEAM' bermakna 'together everyone achieves more'. Iaitu kerja secara berpasukan, secara bersama akan bolehkan kesemua ahli mendapat hasil berganda.

Kita juga diberitahu, 'there is no i in a team'. Iaitu dalam satu pasukan, tiada kepentingan peribadi atau individu diutamakan. Tapi, ada 'me' dlm 'team'. Apa beza 'i' dgn 'me'?

Biasanya, seorg pemimpin perlu pengikut yg bagus utk bantu beliau capai matlamat organisasi. Setiap pengikut adalah pemimpin dlm keadaan, masa tertentu.

Manafaat RM dan Bukan RM

Kita ada kekurangan bajet. Kita ingin jana, tapi jgn lupa berjimat. Lebih mudah jimat drpd jana duit.

Saya kongsi dgn panel, setiap semester saya tanya pelajar saya nak buat apa jika ada rm10juta. Dan saya kongsi dgn panel, nak rm10juta setahun pun boleh. Memang terkedu sekejap panel.

Jika diberi peluang, mungkin wajar manafaat bulanan saya rm1juta? Dlm bentuk kewangan dan bukan kewangan. Utk jana lebih rm100juta setahun, secara halal.

Temubual 3

Panel 3 tanya tentang perancangan saya. Bakal bos direct, jika saya ok. Saya rujuk kpd subjek ekonomi yg telah saya dapat peluang berkongsi dgn pelajar2 di fakulti.

Banyak point yg saya nak nyatakan. Tapi, kepala dan mulut jem. Saya nyatakan, usahawan adalah faktor uruskan land, labour, dan capital. Penting utk kita belajar komunikasi, pengurusan acara, logistik dan networking.

Mungki saya patut print point2 saya, dan kongsi dgn panel? Kita merancang, Allah merancang, Allah sebaik2 perancang.

Temubual 2

Panel kedua tanya ttg pengurusan manusia. Sebab dia ketua hrm? Soalan berkaitan pengurusan disiplin.

Alamak. Saya gunakan pendekatan kaunseling. Panggil dan tanya pegawai. Selain itu, tanya pegawai lain, dan semak dokumen berkaitan.

Alhamdulillah, jantung tak berdegup kencang, dahi tak berpeluh, suara tidak nyaring, dan diri tidak panik. Tapi, saya tak berpuashati dgn jawapan saya. Banyak lagi point patut saya beri kpd panel.

Temubual

Tadi hadir ke temubual. 3panel. Kesemua saya kenal. Saya dikenali kesemua mereka. Tapi yg penting, apa yg mereka tahu tentang saya, apa yg saya tahu tentang matlamat temual, dan apa yg mereka tidak tahu tentang saya.

Kerapkali, jika ditemubual, saya tak maksimakan peluang diberi. Walaupun telah baca, tanya, sediakan bahan sebelum temubual. Dan semasa temubual dgn mereka yg dah kenal saya, saya biasanya tidak beri jawapan standard.

Panel pertama bertanya,'kenapa tak buat phd', dan kemudiannya, ceritakan tentang anda'. Saya bercerita tentang keluarga, bukan maklumatyg telah saya beri terlebih dahulu. Dan mungkin sebab gugup, saya tidak menjawab soalan dgn baik?

Ahad, Februari 02, 2025

Jenaka dan Perasaan

Ramai suka berjenaka. Termasuk saya. Jenaka biasa utk suka2. Utk buat yg melihat, dan yg mendengar suka, gembira. Jenaka bermain dgn perasaan.

Mr bean ada katakan(?), jenaka sebenarnya ada mangsanya. Mangsa yg memang wujud atau hanya khayalan. Tapi jika kita fikir dan faham, jika ada mangsa, jenaka bukan sesuatu utk kita suka atau gembira.

Banyak kali, selepas kita kata, selepas bersuara, dan selepas itu kita menyesal. Ada sesal secara rela, ada secara terpaksa. Ada orang, seolah2 sentiasa keluarkan keburukan, kebusukan setiap berkata2.

Suara Kita

Ramai suka kata, 'kita bebas utk bersuara'. Dikatakan, kita berhak bersuara, kita boleh kata apa sahaja. Katanya demokrasi.

Tapi, kita belajar dalam beragama, ilmu itu penting. Tanpa ilmu, tiada adab, tiada adat, tidak boleh mengadap. Ada masa kita mesti diam, atau jaga kata2 kita.

Setiap kata, yg disuarakan, ada harganya. Bukan percuma. Nilai urusniaga suara kita, sama ada beri pulangan baik, atau tidak baik kpd kita. Dan nilai2 suara ini akan dihitung dan ditimbang, dgn harapan kita sejahtera di dunia, di dlm kubur, dan di akhirat.

Tabur, Takabur dan Taksub

Ramai puji mereka yg tabur duit. Ramai suka duit yg ditabur. Ramai minta duit ditabur.

Ada mereka yg tabur duit akan suka dipuji. Dan mereka akan terus tabur duit. Jika kerap dipuji, yg tabur duit jadi takabur, sombong. Jika kerap ditabur duit, tanpa tahu punca duit, akan taksub dgn yg tabur duit.

Duit banyak ditabur ada yg datang dari sumber yg mencurigakan. Hasil sumbangan mereka yg punca duit mereka mungkin tidak amanah. Ada duit ditabur dari hutang yg akan ditanggung generasi akan datang.

Sabtu, Februari 01, 2025

Gaji dan Ekonomi (2)

Gaji minima beri keuntungan kpd yg terima pencen. Pencen turut naik. Walaupun pencen bukan sesuatu yg produktif dlm ekonomi. Organisasi swasta tidak suka dgn skim pencen.

Kenaikan gaji minima adalah 'vicious cycle'? Setiap kali gaji minima naik, kos kehidupan turut naik. Kitaran ini akan berterusan? 

Pastikah kenaikan gaji minima akan kurangkan kesan kos kehidupan? Berapa lama? Adakah gaji minima akan tingkatkan produktiviti? Bagaimana dgn mereka yg berada ditingkat jawatan yg tidak dinaikkan gaji minima mereka?

Gaji dan Ekonomi

Bermula 1feb25, majikan mesti bayar gaji minima rm1,700. Ia berkaitan kos ekonomi yg meningkat, yg sebabkan kos kehidupan yg tinggi.

Pada 2010(?), gaji minima rm600. Pada satu gaji minima selepas itu (tak ingat nilai dan tahun), beberapa jawatan dijumudkan. Tapi tetap skop kerja yg sama utk penerima gaji  minima. Lepasan sekarang boleh dapat minima rm1,700 sebulan, lebih tinggi drpd gaji lepasan sarjana muda pada 1995, rm1200. Maka tak perlu sambung belajar setelah tamat spm?

Diandaikan gaji minima bagus utk ekonomi. Tapi ramai peniaga, organisasi swasta yg merungut sebab kos gaji adalah satu faktor pengeluaran. Ada yg hentikan pekerja utk pastikan kos tetap sama. Ada organisasi swasta yg akan tutup kedai dgn gaji minima terkini?