Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Mac 31, 2025

Tetamu Selepas Tengahmalam Syawal

Semasa saya bergegas utk sempurnakan tugas buang sampah di awal2 pagi, selepas tengahmalam tadi, kelihatan 2 lembaga sedang berjalan. Mereka kumpulkan sampah dari tong sampah dan longgokkan ditempat2 tertentu secara berkala.

Setelah saya letak sampah saya di tong saya, seorg drpd mereka menyapa saya. Sapaan secara lisan dan pergerakan. 'Bos, dgn tangan seumpama minum air'. 'Jap' kata saya. Saya ke dapur dan ambil 2 botol air mineral utk kedua2 mereka.

Rezeki saya, meraikan tetamu pertama syawal 1446h, selepas tengahmalam. Tapi terkilan tidak dapat kongsi rezeki selain air mineral dgn mereka. Kebiasaan lori kutip sampah selepas subuh, pada bulan puasa, tapi mungkin hari ni cuti am, hari raya aidilfitri, mereka bekerja lebih awal utk pastikan kita tidak beraya dgn bau sampah belum dikutip. Terima kasih mbsj.


Ahad, Mac 30, 2025

4T dalam Hubungan

Pengurusan risiko dalam hubungan dgn keluarga, kawan, kenalan, dll pihak amatlah penting. Ia berkait dgn 4sifat pemimpin, iaitu siddiq, fatonah, amanah, dan tabligh.

Ramai dlm komunikasi dgn mereka yg ada hubungan dgn kita, kita lupa sebelum kita sampaikan sebarang cerita atau berita, kita mesti amanah dan berilmu. Jika apa yg kita sampaikan adalah fitnah, mereka yg berilmu makin kurang atau hilang kepercayaan kpd kita.

Kita ingin hidup dan mati senang dan tenang. Penggunaan 4T dlm pengurusan risiko amat sesuai utk kita gunakan utk membantu hubungan kita adalah positif. Terminate adalah jika kesan risiko negatif sangat ekstrem. Tutup telinga, mata, mulut, adalah keputusan terbaik, jika perlu.

Risiko dalam Hubungan

Hidup penuh dgn risiko. Balik beraya memang risiko perjalanan biasanya lebih tinggi berbanding balik kampung di waktu lain.

Keputusan tempat beraya, dll berkaitan raya banyak risiko yg akan berlaku. Jika tidak balik beraya, ada risiko dikatakan lupa keluarga di kampung. Perayaan berkait dgn hubungan.

Komunikasi dlm hubungan juga ada risiko negatif. Zaman sekarang, banyak fitnah disebarkan tanpa penilaian yg bijak. Beramanah dlm berkomunikasi utk kurangkan hubungan terputus.

4T Dalam Pengurusan Risiko

Pengurusan risiko termasuk mengenal pasti risiko. Kemudiannya menilai risiko. Dan seterusnya menangani atau mengawal risiko.

Biasanya pengurusan risiko lebih berkait dan berfokus kpd risiko negatif. Risiko yg beri kesan negatif kpd diri, masyarakat, organisasi, dan persekitaran. 

Ada disarankan utk guna 4T dalam pengurusan risiko. Iaitu 4T dlm menangani risiko. 4T itu adalah tolerate - terima aje, treat - ambil tindakan, transfer - tukar atau kongsi, dan terminate - tamatkan.

Ramadan dan Madrasah

Kita biasa dengar, ramadan adalah bulan madrasah. Gunakanlah sebaiknya, masa di bulan ramadan, utk dapat bekalan di akhirat. Juga bekalan utk di dlm kubur.

Apa makna madrasah. Deep seek nyatakan madrasah adalah istilah arab utk sekolah dan juga tempat. Maka belajarlah di bulan ramadan utk ilmu dan amalan yg terbaik utk kita.

Sepatutnya, sekolah, belajar, ilmu, dan amalan berkait dgn perkara2 baik. Jika yg buruk, jahat, dll perkara negatif, biasa dikatakan kerana tidak bersekolah, tidak belajar, tiada ilmu, dan tidak beramal.

Fitnah dan Amanah

Biasanya kesan fitnah adalah negatif kpd yg difitnah. Matlamat pemfitnah adalah khianat kpd pihak difitnah. Pemfitnah umpama bomoh. Hamba pemfitnah adalah cerita dan berita yg menyakitkan atau mematikan yg difitnah.

Cabaran yg ingin beramanah amatlah besar. Bukan semua orang suka kpd yg beramanah. Yg beramanah adalah yg dipercayai dan diyakini kebaikan mereka.

Pemfitnah adalah sahabat pengkhianat. Mereka mungkin dua pihak berasingan, atau satu pihak yg sama. Pemfitnah merasakan diri mereka bijak, tetapi sebenarnya bodoh sombong. Seorg yg amanah adalah seorg yg bijak dan berilmu.

Fitnah dan Persepsi

Ada pepatah inggeris yg nyatakan, 'do not judge a book by its cover'. Kita perlu elak menghakimi hanya dgn melihat yg tersurat. Perlu tahu apa yg tersirat.

Kita cepat buat persepsi. Biasanya kita akan kata hitam atau putih. Biasanya kesan apa yg didedahkan kpd kita. Ada sebab 'unfinished business'. Ramai tak ingin tahu 'the grey area', sebab malas guna 'grey matter' kita, iaitu berfikir guna otak.

Kita diingatkan tentang di akhir zaman, fitnah akan berleluasa. Sekarang, cerita, berita, sangat cepat tersebar. Dan ia disebarkan oleh pihak lain, tanpa tahu maklumat sebenarnya. Maka ramai turut jadi kaki fitnah.

Amanah dan Khianat

Amanah secara umumnya, kita jaga dgn baik, sebarang pemberian oleh pemilik kpd kita barangan dan bukan barangan. Contoh bukan barangan adalah seperti kuasa yg datang bersama pangkat, jawatan, gelaran. 

Kesemua yg kita terima ini hanya utk kita miliki secara sementara. Ia mungkin pinjaman, ia mungkin tumpangan. Kita perlu pulangkan kpd pemilik asal dlm keadaan baik, sebagaimana diterima, atau lebih baik.

Khianat berlawanan dgn amanah. Kita salahguna barangan, atau bukan barangan yg kita miliki hanya sementara. Kesan buruk boleh terjadi kpd pemilik asal, pihak ketiga, selain kita. Seorang yg khianat tidak layak diberi amanah, spt kepimpinan.

Sabtu, Mac 29, 2025

Pencen

Pencen drpd perkataan pension. Bayaran setelah berhenti bekerja, biasanya berhenti drpd bekerja dgn kerajaan. Bayaran ini biasanyàďibayar setiap.

Ada yg kata, orang pencen, org paling beruntung. Makan minum kos belanja kerajaan tanggung. Yg lelaki dpt solat berjemaah di surau/masjid 5 waktu setiap hari. Tak perlu risau utk bekerja cari duit sampai mati.

Ada bertanya, bolehkah skim pencen dlm islam. Dlm bidang ekonomi, penerima pencen tidak beri sumbangan positif kpd ekonomi. Ada yg bertanya, adilkah terima pencen ikut gaji terakhir, sedangkan skim kwsp, caruman secara bulanan ikut gaji bulanan.

Khamis, Mac 27, 2025

Raya dan Kenangan

Antara sebab ramai nantikan raya adalah raya banyak beri kenangan. Kenangan kekeluargaan dan bukan kekeluargaan. Kenangan manis dan pahit. Kenangan suka dan duka.

Raya juga peluang untuk belajar. Selain peluang menguruskan duit. Antara kenangan beraya saya berkait dgn kereta. Raya beri peluang saya pandu kereta yg sehingga sekarang saya tak mampu beli.

Raya peluang saya uruskan kereta2 saudara mara. Peluang belajar parkir kereta semaksima bilangan di ruang terhad. Peluang belajar susun barang dan orang di dalam kereta untuk perjalanan raya.

Mewah Dunia

Ramai nak mewah dunia. Pangkat besar, jawatan tinggi, duit banyak, kuasa besar, rupa cantik dan muda, dll. Mewah dikaitkan dgn besar dan banyak.

Nak mewah dunia hasil persekitaran. Jarang hasil genetik, perasaan keturunan. Persekitaran banyak mempengaruhi kehidupan kita. Biasa kejayaan dan kepuasan hidup hasil mewah dunia.

Ramai sanggup lakukan apa shj utk mewah dunia. Jika pangkat kecil, jawatan rendah, duit sikit, tiada kuasa, rumah kecil, kereta kecil, pakaian biasa2, ramai tidak akan pandang kita. Tengok semasa beraya ni.

Juruletih

Beberapa hari lepas ke bazar ramadan. Perjalanan lambat sikit, sebab ada kemalangan. Degil dan malas, taknak ikut cadangan pak gomap.

Sampa dekat bazar, terpaksa parking minima 100m dari laluan bazar. Alhamdulillah, kereta tak banyak. Masih awal atau dah memang tak ramai ke bazar. Tempat parking hampir dgn bazar rosak dgn lumpur. Pernah ada kereta terpaksa ditarik pbt sebab terlekat di lumpur.

Semasa nak balik ke kereta, ada seorg yg promote keahlian gim. Dia tanya saya biasa pergi gim. Saya bagitau, 'saya instruktor'. Sebenarnya, juruletih. Kebetulan saya pakai tshirt fsr.

Isnin, Mac 24, 2025

Raya dan balik kampung

Balik kampung utk beraya adalah satu tradisi. Satu fenomena. Satu upacara. Satu kembara 'adventure'.

Balik kampung boleh jadi misteri. Tidak tahu apa yg akan di tempoh semasa perjalanan balik, semasa berada di kampung, dan semasa balik semula dari kampung.

Misteri ini banyak dipengaruhi keadaan lalulintas. Ecrl masih belum siap. Ltu belum siap. Laluan tambahan gombak bentong baru dirancang. Misteri yg ingin dielak adalah perjalanan melebihi 10jam kl-kb.

Bazar Ramadan

Ramadan tahun ini terasa sangat cepat berlalu. Kita sudah berada di 10 (?) hari terakhir.

Ramai yg telah pulang ke kampung. Peniaga bazar, gerai makan ada yg telah tutup kedai. Ramai yg telah kaut untung berniaga di param atau baram.

Tahun ini, di bazar dekat rumah, tiada gerai jual ayam golek. Tiada juga gerai jual nasi chef tertentu. Tahun ini saya belum ke bazar di tapak berhampiran stadium shah alam.

Bintang

Ramai yg inginkan bintang
Menjadi bintang
Memakai bintang
Sebab bintang tanda pencapaian tertinggi

Tetapi bagi yg tertentu
Tidak dikata sbg bintang
Bintang tidak disemat di dada
Bintang tidak dipakai di kolar, bahu atau bawah leher

Tidak perlu tahu sbg bintang
Tidak perlu tunjuk ada bintang
Hanya tahu shj akan tunduk hormat
Kpd yg berkhidmat di waktu kelam

Isnin, Mac 17, 2025

Anak Bapak

Cerita anak bapak, lakonan p ramlee dan ar tompel sangat menghiburkan. Banyak yg boleh kita belajar drpd cerita anak bapak. Kebanyakan cerita p ramlee, ada banyak pengajaran dan peringatan kpd kita.

Cab ini berkait dgn nepotisma dan kronisma. Pramlee bekerja dgn ayah beliau, ar tompel. Pramlee diberi jawatan pengurus syarikat. Dan melaporkan kpd ayah beliau, pemilik syarikat. Siapa blleh komplen? Dah syarikat bapak dia.

Setiap keistimewaan ada amanahnya. Jika kerja dilakukan dgn penuh amanah, maka nepotisma dan kronisma ada sesuatu yg positif.

Nepotisma & kronisma

Nepotisma dan kronisma biasa berlaku. Nepotisma berkait melebihkan saudara mara dan ahli keluarga. Kronisma pula melebihkan kawan2 dan kenalan.

Melebih2 utk nepotisma dan kronisma biasanya berkait dgn pemilihan dan pemberian kerja. Selain itu, berkait dgn pemberian keistimewaan. Dikatakan sesuatu yg negatif jika berkaitan dgn 'incompetent' dan 'ignorant', tidak mampu buat dan tidak tahu buat.

Tetapi, seorang ketua biasanya akan pilih ahli pasukannya utk bantu beliau capai matlamatnya. Jika ahli pasukan dipilih dapat bantu capai secara terbaik matlamat organisasi, dan ketua, maka nepotisma dan kronisma adalah dipuji. Jika dah mmg syarikat dia sendiri, maka hak dia utk pilih ahli pasukan beliau.

Rabu, Mac 12, 2025

Tingkap Yang Pecah 2

Selesaikan segera masalah yg kecil. Lebih mudah dan murah selesaikan masalah yg kecil berbanding masalah yg lebih besar.

Ramai pengguna jalan dan jalanraya di negara kita tidak ambil kusah ttg cahaya kebijaksanaan. Cahaya ini merujuk kpd penggunaan lampu kenderaan. 

Ramai yg 

1. Tidak nyalakan lampu kenderaan semasa hujan, di awal pagi, di awal senja.

2. Tidak gunakan lampu isyarat/signal utk tukar haluan, masuk di antara kenderaan.

3. Guna lampu isyarat/signal dan hazard dgn betul.

Mereka kurang atau tiada cahaya ilmu. Mereka tidak kisah ttg pengguna lain. Di negara tertentu, pihak diberi amanah jaga keselamatan dan ketenteraman awam akan cepat ambil tindakan sebelum lebih besar cermin tingkap pecah.

Tingkap Yang Pecah

Jika tidak dibaiki pecah yg kecil, boleh roboh sebuah rumah.


Laluan fedhiway antara KL dan Klang mempunyai

1. Masa laluan terhad utk penggunaan kenderaan berat

2. Laluan motorsikal utk kenderaan beroda dua.

Matlamat utk keselamatan, elak kesesakan, elak kemalangan, elak krugian masa dan wang ringgit, kpd pengguna laluan fedhiway.

Tapi sekrg, seolah2 had masa penggunaan, dan larangan kenderaan tertentu makin tidak dipedulikan. Mungkin berlaku, jika berlaku kemalangan kpd yg tak patuhi larangan, pengguna lain tak peduli, senyum gembira.

Boleh beri kontrak kpd perseorangan atau organisasi utk kuatkuasa, ambil gambar mereka yg patuhi larangan.

Denda minima satu gambar nilai kenderaan x 5, dan yg laporkan dgn bukti diberi ganjan 50% drpd denda dikenakan.

Rabu, Mac 05, 2025

Kawan Pelbagai Bangsa

Semasa di sekolah rendah, saya mempunyai kawan dari pelbagai bangsa. Juga dari pelbagai agama dan kepercayaan. Juga dari pelbagai status ekonomi sosial.

Ada yg masih dihubungi. Ada yg diri sendiri, anak2 dan kawan anak2 mereka turut serta berfutsal dgn kumpulan kami. Kami saling tegur dan biasanya bercerita tentang zaman persekolahan, zaman yg menyeronokkan.

Tapi sekarang, kenapa di negara kita seolah2 retak menanti belah. Siapa dan apa puncanya?

Tegur Sebab Apa?

Tegur ada pelbagai sebab. Tegur ada pelbagai cara.

Tegur berkait hubungan kita dgn yg ditegur atau yg tegur kita. Tegur juga ada kaitan dgn kepercayaan kita.

Biasanya, kita tegur kerana kita peduli tentang yg ditegur. Atau yg tegur kita peduli tentang diri kita. Tapi peduli boleh jadi positif, boleh jadi negatif.