Setelah saya letak sampah saya di tong saya, seorg drpd mereka menyapa saya. Sapaan secara lisan dan pergerakan. 'Bos, dgn tangan seumpama minum air'. 'Jap' kata saya. Saya ke dapur dan ambil 2 botol air mineral utk kedua2 mereka.
Rezeki saya, meraikan tetamu pertama syawal 1446h, selepas tengahmalam. Tapi terkilan tidak dapat kongsi rezeki selain air mineral dgn mereka. Kebiasaan lori kutip sampah selepas subuh, pada bulan puasa, tapi mungkin hari ni cuti am, hari raya aidilfitri, mereka bekerja lebih awal utk pastikan kita tidak beraya dgn bau sampah belum dikutip. Terima kasih mbsj.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan