Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Julai 23, 2025

RM100 dan Tahu

40tahun yg lalu, 1985, saya terpegun melihat duit not rm50. Ianya diberikan oleh seorang kawan kpd saya utk beli buku teks perakaunan. Dalam kepala saya, kayanya dia.

Pada 1994, saya hairan kenapa seorang pekerja hotel beritahu kawan saya, 'maaf kami tidak cukup baki', apabila kawan saya nak bayar penginapan beliau. Dalam kepala saya, duit rm100 pun tak cukup baki? Rupa-rupanya, not rm1,000.

Rm100 adalah rm50x2. Rm100 adalah rm1,000÷10. Nilai rm100 berbeza kpd org berbeza. Mereka yg bergaji 5angka atau lebih, memiliki aset 1juta atau lebih, mungkin lihat rm100 kecil. Mungkin ada tak pandang jika hilang rm100. 

Tapi bagi seorang yg saya lihat mengambil masa 30minit utk membeli sepasang kasut berharga rm20, rm100 boleh utk keluarga beliau makan lebih drpd sekali sehari. Atau keluarganya makan utk beberapa hari, tanpa risau ttg makan utk beberapa hari. Seorang sombong adalah seorang tidak berilmu.

Tiada ulasan: