Betapa gahnya apabila dikenali sebagai siswa universiti. Yang lagi seronok dan bangga adalah ahli keluarga. Bila balik cuti semester, ramai yang akan bergaya dengan baju 'U', nak bagitau orang2 kampung bahawa selama 4bulan lebih tak nampak kelibat sebab ke universiti, bukannya ke pusat serenti.
Ramai pelajar bila ditanya oleh saya,"kenapa masuk u?"
jawapan diberi tidak memuaskan:
1.sebab lepas sekolah kena masuk U
2.sebab cita2 mak ayah nak tengok saya masuk U
dan pelbagai lagi
Jadi bila di U bawalah diri anda sebagaimana seorang warga U. Berdisplin dan bertanggungjawab. Janganlah semasa peperiksaan seumpama budak tadika. Kalau nak berada di U, ikutlah peraturan U. Kalau tak mahu ikut peraturan U, pergilah ke tempat lain. Kalau dah buat salah, tanggung dan jawablah.
Janganlah suka2 nak campak bungkusan dhal ke tempat letak kereta dan terkena pula kereta saya. Insya Allah dalam tempoh tujuh hari, suspek akan berjaya di bawa ke penghakiman B-)
2 ulasan:
dah dapat kenalpasti sapa yang baling kuah dhall tu tak? ....
Hanya Allah yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala apa yang dilakukan oleh hamba-Nya. Adakah disengajakan atau tidak? Kesian.
Catat Ulasan