Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Oktober 31, 2024

Ketua dan Pasukan

Biasanya setiap ketua ada pasukannya sendiri. Pasukan yg terdiri drpd mereka yg ketua percayai dan yakin, akan menyokong ketua dlm mencapai matlamat ketua.

Biasanya ketua dipilih utk mencapai matlamat organisasi. Jika ketua adalah pemilik organisasi, maka ketua akan pastikan matlamat organisasi dicapai. By hook or by crook.

Sbg ketua, mempunyai keistimewaan utk pklih ahli pasukannya. Terutama mereka yg akan pastikan arahannya sampai kpd anggota organisasi peringkat bawah seterusnya.

Ahad, Oktober 20, 2024

Keluarga dan Kesihatan

Biasanya, di majlis keluarga, kita berpeluang utk berkumpul dan bertanya khabar ahli keluarga. Antara majlis utama keluarga adalah, majlis kahwin, kesyukuran, aqiqah, dan kematian.

Gaya kehidupan sekrg menyebabkan bukan mudah utk bertemu mata dgn keluarga. Setiap hari, minggu, bulan, tahun, terasa amat cepat berlalu. Kita akan dikejutkan dgn berita baik, dan berita kurang baik, berkaitan keluarga.

Peluang bertemu mata dgn keluarga sebaiknya peluang utk kesihatan kita dgn keluarga kita. Peluang berkongsi kesihatan fizikal, mental, emosi, kerohanian, sosial, kewangan.

Kaki Sihat Poket Sihat

Kaki penting utk kesihatan. Kita amat digalakkan utk berjalan setiap hari. Ada saranan, minima 10ribu langkah sehari. Kiraan saya, purata perlu minima 2.5jam utk 10 ribu langkah.

Ada bgtau, lebihbaik berjalan ala kaki ayam. Tanpa alas kaki. Tapi berjalan di luar rumah sekrg kurang sesuai tanpa beralas kaki. Ramai yg berada di luar rumah biasanya pakai kasut utk aktiviti rasmi.

Tapi rekabentuk kasut kebanyakan tidak sesuai dgn bentuk tapak kaki. Ramai yg bentuk tapak kaki tidak cantik dan sihat dgn rekabentuk kasut. Bandingkan tapak kaki bayi dgn org dewasa.

Mungkin sesuai, di sekolah, di pejabat, dibenarkan memakai sandal ganti pakai kasut. Selain dapat elak bentuk tapak kaki kurang cantik, dan kurang sihat, dapat bantu kurangkan kos pembelian kasut sekolah kerana tapak kaki budak sekolah cepat besar dan berkembang.

Sabtu, Oktober 05, 2024

Orientasi

Di ipt biasa dipanggil minggu orientasi. Ada yg guna minggu halatuju siswa. Minggu utk sesuaikan warga baru ipt dgn kehidupan di ipt.

Saya terlepas minggu orientasi ipt sbg pelajar diploma. Tapi masih ada beberapa hari orientasi di kajian (sekrg fakulti). Mungkin seorg mantan bos saya pernah jadi kakak senior ajk orientasi kajian pada 1985.

Semasa orientasi, biasanya berlaku tekanan akibat cara komunikasi fasi, masa terhad, xcukup rehat, dll. Spt semasa berada di asrama. Cuma semasa di sekolah asrama tidak terhad kpd 1 atau 2minggu.

Reserve

Reserve atau pemain simpanan. Atau penjaga garisan. Atau water boy. Posisi biasa sebab bukan pemain utama atau pilihan utama.

Maka biasalah dgn lambat dan last minit. Jika boleh nak elak sbg penjaga garisan atau water boy. Jika sbg pemain simpanan, masih dapat sarung jersey pasukan.

Pemain simpanan, penjaga garisan dan water adalah sebahagian drpd pasukan. Setiap ahli pasukan ada peranan masing2 membantu pasukan utk menang. 

Last Minute

Saya biasa kerja last minute. Atau siap kerja di minit/saat akhir. Ianya bukan sesuatu boleh dicontohi. Biasanya akan menyesal selepas siapkan kerja.

Kerja last minit memang stres tinggi. Awal2 semasa stres rendah, kurang bermotivasi. Mungkin biasa kerja last minit buat bp saya sentiasa tinggi? Setelah siapkan kerja, terasa banyak boleh dibuat secara lebih baik jika dibuat awal2.

Mungkin saya  belajar kerja last minit semasa bersekolah di asrama? Pelbagai perkara nak dilakukan dgn masa terhad. Atau cuba berehat sehingga saat akhir? Maka kerja last minit kena pandai bersilat atau beraikido.

Lambat

Seorg mantan ketua saya dan juga org kampung pernah nyatakan kpd saya, 'Bad, u ni lambat dlm mcm2. Master lambat, bini lambat', sambil beliau gelak2. Ianya kenyataan.

Lambat adakah sebab malas? Sebab tiada peluang? Ada pelbagai sebab kita lambat. Mungkin sebab rezeki?

Tahun ini 2024, saya jika panjang umur, ada 2tahun utk pencen/tamat khidmat dgn uitm. Secara rasmi saya jejak kaki dan jadi warga itm pada 1985. Masa yg berlalu begitu cepat, atau saya lambat bersedia dan bertindak?

Rabu, Oktober 02, 2024

Berat Badan dan Kesihatan

Kita biasa diingatkan, jaga berat badan. Jaga bmi. Bmi berkait berat badan dan ketinggian kita. Saya kategori terlebih berat - overweight.

Sekrg ramai ingatkan, kandungan berat badan lebih penting drpd bmi. Pastikan cukup protein, cukup berat  otoy, cukup berat tulang, cukup kandungan air, kurangkan lemak.

Digalakkan jaga makan, bersenam supaya badan lebih berotot, dan kurang lemak. Pemakaian kasut yg sesuai penting utk bersenam. Tapi kebanyakan kasut direkabentuk tidak sesuai dgn bentuk semula jadi tapak kaki.

Air dan Kesihatan

Badan manusia 70% adalah cecair. Kandungan cecair spt darah ada air. Air adalah gabungan hidrogen dan oksigen.

Dunia terdiri drpd 67% air. Gabungan air laut dan air di darat. Air di darat adalah yg di dlm dan di permukaan darat. Kawasan tanpa air biasanya kawasan bermasalah.

Air penting utk kesihatan kita. Ada bgtau, mesti minum minima 2liter air sehari utk sihat. Ada beri kiraan berat air utk diminum ikut berat badan. Kekurangan air boleh sebabkan stroke, sakit jantung. Banyakkan minum air kosong.

Kasut, Kaki, Kuku

Kursus baru2 ni di taman negara, pertama kali kuku kaki jadi biru. Akibat persediaan lambat, overconfident. Capai kasut tanpa test dahulu. Kasut xpernah pakai.

Trekking panjat turun bukit, masuk anak sungai, kaki rasa xsedap. Sampai di dorm, ibu jari kaki rasa berdenyut2. Kuku mcm nk berubah warna akibat jari kaki tertekan. Medic bg antiseptic dan berita kurang baik.

Esoknya, sebelum latihan di sungai, beli kasut menoreh baru. Semasa buka kasut yg dipakai, baru sedar, kasut saiz kecil drpd biasa. Kasut org rumah. Beli kasut baru saiz lebih besar drpd biasa. Peringatan, pastikan kuku dan kaki dijaga dgn pakai kasut sesuai dgn aktiviti.