Semoga catitan di blog ini dapat memberi perubahan positif kepada saya dan pengunjung blog ini.
Mengenai Saya
- cebad
- focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management
Isnin, Disember 23, 2024
Pecah Amanah
Rumah Kita
Rumah sekarang sama ada rumah di atas tanah atau di atas rumah/kedai lain. Ramai dinasihatkan utk memiliki rumah sendiri dgn secepat mungkin. Cepat tidak sama dgn mampu milik.
Memiliki rumah sendiri diandaikan sbg aras tanda kejayaan seseorg. Seorg lelaki yg ingin berkahwin diandaikan akan jadi pilihan bakal pasangan dan bakal mertua. Mempunyai rumai bermakna bersedia utk berumahtangga.
Tetapi perlukah memiliki rumah sendiri? Kos memiliki rumah sekrg tidak spt dahulu. Kos memiliki rumah termasuk kos bulanan rumah selain bayaran bulanan pinjaman beli rumah.
Jika kadar riba dikurangkan drpd 200% kpd 50%, ramai akan mampu memiliki rumah sendiri. Amanah siapa utk pastikan riba tidak mencekik sehingga peminjam mati?
Ahad, Disember 08, 2024
Pemimpin dan Amanah
Ahad, Disember 01, 2024
Kalendar Sekolah
Pendidikan Cemerlang
Bijak Sana Bodoh Sini
Kerja Bodoh
Turun Padang
Biasa kita lihat bos atau ketua atau pemimpin turun padang. Atau 'be on field'. Membuat lawatan, kunjungan mesra, memberi bantuan, dll. Apabila ketua turun padang, biasanya semuanya indah belaka.
Viral sekarang, di musim boh, boh besar bowok bot. Beri bantuan, menyelamat rakyat yg terkesan akibat banjir. Ini satu usaha yg baik.
Walau bagaimana pun, ianya juga memberi mesej positif dan negatif. Jika boh terpaksa turun padang, adakah sebab kuli2 tak boleh buat kerja. Atau boh xtahu buat kerja. Atau boh sama2 bekerja dgn kuli2.
Dlm pengurusan, biasanya boh bekerja di perikat strategik. Ini berkait dgn kuasa dan usaha. Teringat kata2 seorg kawan lama yg dah pencen, 'kalau kapten buat kerja prebet, buat apa ada prebet'. Beliau dah lama pencen dgn gelaran dato 2 bintang. Saya masih prebet sebab masih tiada pangkat utk ditunjukkan.
Sabtu, November 23, 2024
Masa dan Risau
Risau adalah sesuatu yg biasa difikirkan kita. Risau berkaitan masa kita. Risau akan ambil masa utk kita fikir bgmn utk selesaikan risau kita.
Kita boleh risau ttg masa depan. Masa yg lepas, telah berlalu, tak perlu risau. Masa yg sekarang akan jadi masa yg lepas, masa telah berlalu.
Kita risau masa yg akan dilalui. Risau ttg masa hadapan. Kita perlu risau masa yg akan kita hadapi dan yg akan alami selamanya. Masa yg amat kita perlu risau, masa di alam kubur, masa di akhirat.
Rabu, November 20, 2024
Tipu dan Bodoh
zaman sekarang, penipuan lebih biasa dikatakan sbg scam. penipu dipanggil scammer. dalam kehidupan seharian kita, kita biasa dipebodohkan atau discam. sama ada kita sedar atau tidak. scammer menggunakan kelemahan atau kelalaian untuk menjadikan diri kita bodoh.
kita biasanya ingin dilihat berjaya di depan org lain. sebab ramai drpd kita diberitahu oleh mereka di sekitar kita, utk nampak berjaya, kita mesti ada pangkat, gelaran, harta, kuasa, jawatan, yg berkait dgn kuasa dan kekayaan. maka kita akan mudah terpengaruh dgn sebarang tawarn utk dpt kuasa dan kekayaan. maka scammer gunakan kelemahan, kelalain kita ini utk bodohkan kita.
kita guna banyak masa, kesihatan, harta, kuasa utk kejar kekayaan dan kejayaan dunia. dan kita sombong tidak mahu ditegur, diingat2kan dgn apa yg benar.
Masa dan Ilmu Kita
surah yg biasa kita dengar, yg pernah kita belajar di sekolah, sentiasa diingat2kan oleh penceramah adalah surah al-asr. surah yg bermula dgn ayat, 'demi masa'. sebuah surah yg pendek tetapi banyak pengajarannya.
Demi masa.
Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian
Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran beserta berpesan-pesan dengan sabar.
Jadi, janganlah sombong dgn ilmu, pangkat, gelaran, jawatan, kuasa, harta dan keturunan. apabila kita sombong, dengki, tamak, kedekut, kita sebenarnya sudah kurang atau tidak berilmu. kita semakin kurang belimu, atau tiada ilmu/bodoh, jika kita sombong, tamak, kedekut, dengki.
Bodoh Juga Kita
Kasar tajuk kali ini. Tapi inilah realiti. walaupun berada di ipt, belajar tinggi2, kita masih bodoh. ramai yg bodoh tapi tidak sedar, termasuk saya.
saya bodoh kerana tamak. maka saya kena scam. asalnya ingat rugi hanya rm10. tapi lebih drpd itu. sebab tamak kononnya boleh beli barang hanya 10% drpd nilai asal, saya rugi drpd segi pembelian. tapi utk tenangkan diri, selain sudah ketentuan, saya anggap kerugian tersebut sebagi pelaburan utk pengajaran dan pembelajaran. biar bodoh sekejap atau dulu, tapi mesti kurang bodoh atau pandai seterusnya, atau kemudian.
ramai jadi bodoh secara sedar atau tidak. bodoh sebab lemah, atau sebab lalai. dan manusia ini biasanya lemah, lalai, dan dalam kerugian. ramai yg jangka sebab ada pangkat, jawatan, kuasa, gelaran, keturunan, harta, kita adalah bijak pandai. tetapi faktor2 tersebut menyebabkan kita bodoh, akibat lemah, lalai, malas, sombong, kedekut, tamak, dengki.
Ahad, November 17, 2024
Amanah Laluan 8
Bahagian laluan persekutuan laluan 8 ini, diantara kg pahi dan selepas HSIP, perlu banyak penambahbaikan utk keselamatan pengguna dan penduduk sekitar. Laluan ini kebanyakannya single lane.
Di bahagian jalan yg ada double lane adalah utk mudah dan selamatkan pengguna utk keluar/masuk simpang, spt ke Hospital Sultan Ismail Petra HSIP. Tapi ramai pengguna menggunakan laluan keluar/masuk simpang utk memotong.
Sediakan payung sebelum hujan. Jangan sediakan payung utk mangsa kemalangan. Amanah penggubal u2, penguatkuasa, pengguna.
Alah Membeli
Alah membeli, menang memakai. Ada pelbagai maksud dan tafsir utk perumpaan (?) ini.
Kita mungkin kalah atau tidak puashati dgn harga barang yg kita beli. Biasanya barang yg dibeli dgn harga mahal drpd kebanyakan harga barang yg hampir sama. Tetapi kita akan berpuashati dgn pemakaian atau penggunaan barangan itu.
Biasanya sebab barang berkualiti Lebih mahal drpd barang kurang berkualiti. Kita biasa dengar, 'Good things no cheap. Cheap things no good.'
Tapi barang sekrg banyak murah dan berkualiti. Kos pengeluaran dapat dikurangkan dgn 'economic of scales'. Kasut baru saya harga rm59, jenama diadora. Kenapa murah? Sebab jualan di cawangan gudang, promosi hujung tahun, penghabisan stok.
Kita, Kaki dan Kasut 2
Arwah ayah terpaksa pakai kasut saiz 7, walaupun kaki yg lebar perlu saiz lebih besar. Walau bagaimana pun, kaki itu berjaya jaringkan gol kemenangan dlm perlawanan bolasepak MCKK lwn SMCKK pada 1958.
Kasut terbaharu saya saiz 10. Utk mengelak berulang kecedaraan akibat pakai kasut ketat. Saiz kasut saya biasanya 8. Saiz kasut dibeli ikut jenama dan rekabentuk.
Dah hampir 2 bulan, kuku ibu jari kiri masih ada darah beku, kerana silap pakai kasut bersaiz lebih kecil, dan trekking dlm taman negara. Alhamdulillah, tak perlu cabut kuku ibu jari kaki saya.
Kita, Kaki dan Kasut 1
Beberapa hari lepas, saya ke sebuah kedai pakaian dan kasut sukan. Sebuah syarikat tempatan yg punyai banyak cawangan, al-Ikhsn.
Saya berniat nak beli kasut utk tenis, badminton, pingpong, pickle ball. Spt biasa, saya akan tengok harga dahulu. Dan saya nyatakan kpd pemudahcara kedai, 'saya hendak beli yg murah, selesa, kerana saya jarang pakai, dan saya bukan atlet profesional'.
Kaki saya lebar. Bentuk B. Mengikut kaki arwah ayah. Tapak kaki arwah ayah tidak cantik. Kesan kehidupan keluarga bukan golongan m40 atau t20.
Ahad, November 03, 2024
Segitiga Fraud
Fraud atau tidak benar. Penipuan, pencurian, rompakan. Bahasa terkini fraud adalah scam. Mengikut segitiga fraud, dilakukan fraudster/ penipu kerana 1. Opportunity - peluang, 2. Pressure/ motivation - tekanan/ dorongan, 3. Rationalisation - alasan.
Fraud berjaya kerana yg ditipu dan yg menipu juga 1. Tamak, 2. Dengki, 3. Sombong, 4. Kedekut. Yg ditipu biasanya miskin ilmu dan juga kerana segitiga fraud, 1. Percaya peluang terbaik, 2. Tekanan hidup/ dorongan utk dapat yg terbaik, 3. Beri alasan, jika tidak benar, xrugi pun kerana mencuba.
Penggubal u2 perlu beramanah dan tegas dlm menghukum dan denda fraudster. Potong tangan, potong lidah, rampas harta fraudster termasuk harta keluarga dan kawan mereka, denda minima 10x ganda nilai fraud atau rm100ribu, yg mana lebih tinggi.
Amanah yb gubal u2 utk sejahtera majoriti rakyat dan negara. Elak vavi di hutan disusukan, keluarga di bangsal mati kelaparan.
Khamis, Oktober 31, 2024
Ketua dan Pasukan
Ahad, Oktober 20, 2024
Keluarga dan Kesihatan
Biasanya, di majlis keluarga, kita berpeluang utk berkumpul dan bertanya khabar ahli keluarga. Antara majlis utama keluarga adalah, majlis kahwin, kesyukuran, aqiqah, dan kematian.
Gaya kehidupan sekrg menyebabkan bukan mudah utk bertemu mata dgn keluarga. Setiap hari, minggu, bulan, tahun, terasa amat cepat berlalu. Kita akan dikejutkan dgn berita baik, dan berita kurang baik, berkaitan keluarga.
Peluang bertemu mata dgn keluarga sebaiknya peluang utk kesihatan kita dgn keluarga kita. Peluang berkongsi kesihatan fizikal, mental, emosi, kerohanian, sosial, kewangan.
Kaki Sihat Poket Sihat
Sabtu, Oktober 05, 2024
Orientasi
Di ipt biasa dipanggil minggu orientasi. Ada yg guna minggu halatuju siswa. Minggu utk sesuaikan warga baru ipt dgn kehidupan di ipt.
Saya terlepas minggu orientasi ipt sbg pelajar diploma. Tapi masih ada beberapa hari orientasi di kajian (sekrg fakulti). Mungkin seorg mantan bos saya pernah jadi kakak senior ajk orientasi kajian pada 1985.
Semasa orientasi, biasanya berlaku tekanan akibat cara komunikasi fasi, masa terhad, xcukup rehat, dll. Spt semasa berada di asrama. Cuma semasa di sekolah asrama tidak terhad kpd 1 atau 2minggu.
Reserve
Reserve atau pemain simpanan. Atau penjaga garisan. Atau water boy. Posisi biasa sebab bukan pemain utama atau pilihan utama.
Maka biasalah dgn lambat dan last minit. Jika boleh nak elak sbg penjaga garisan atau water boy. Jika sbg pemain simpanan, masih dapat sarung jersey pasukan.
Pemain simpanan, penjaga garisan dan water adalah sebahagian drpd pasukan. Setiap ahli pasukan ada peranan masing2 membantu pasukan utk menang.
Last Minute
Lambat
Seorg mantan ketua saya dan juga org kampung pernah nyatakan kpd saya, 'Bad, u ni lambat dlm mcm2. Master lambat, bini lambat', sambil beliau gelak2. Ianya kenyataan.
Lambat adakah sebab malas? Sebab tiada peluang? Ada pelbagai sebab kita lambat. Mungkin sebab rezeki?
Tahun ini 2024, saya jika panjang umur, ada 2tahun utk pencen/tamat khidmat dgn uitm. Secara rasmi saya jejak kaki dan jadi warga itm pada 1985. Masa yg berlalu begitu cepat, atau saya lambat bersedia dan bertindak?
Rabu, Oktober 02, 2024
Berat Badan dan Kesihatan
Kita biasa diingatkan, jaga berat badan. Jaga bmi. Bmi berkait berat badan dan ketinggian kita. Saya kategori terlebih berat - overweight.
Sekrg ramai ingatkan, kandungan berat badan lebih penting drpd bmi. Pastikan cukup protein, cukup berat otoy, cukup berat tulang, cukup kandungan air, kurangkan lemak.
Digalakkan jaga makan, bersenam supaya badan lebih berotot, dan kurang lemak. Pemakaian kasut yg sesuai penting utk bersenam. Tapi kebanyakan kasut direkabentuk tidak sesuai dgn bentuk semula jadi tapak kaki.
Air dan Kesihatan
Kasut, Kaki, Kuku
Sabtu, Ogos 31, 2024
Pemimpin dan Keputusan
Seorg pemimpin mesti buat keputusan. Keputusan utk tetapkan matlamat, tentukan strategi capai matlamat, laksanakan perancangan, dan semak semula tindakan dan pencapaian. POLC atau PDCA.
Walaupun tidak nyata keputusan adalah satu keputusan, tanpa keputusan bertulis akan beri risiko kpd pencapaian matlamat. Risiko kpd pekerja dan org bawahan yg perlu jalankan arahan.
Ramai ingin jadi pemimpin. Tapi sebenarnya adalah ketua. Yg takut buat keputusan sebab takut hilang populariti.
Khamis, Ogos 22, 2024
Sihir dan Sifir
Sihir dikaitkan dgn ilmu hitam. Dikaitkan menggunakan perantara utk niat buruk kpd org lain, niat baik kpd diri sendiri, dgn menolak tuhan yg esa ke tepi. Sihir dikaitkan dgn syirik, sebab memohon pertolongan dgn mengandaikan makhluk tuhan sama kuasa atau lebih berkuasa drpd tuhan.
Sifir adalah kira2. Berkaitan hisab. Yg amalkan sihir berkira2 utk kebaikan diri di dunia, tapi tolak ke tepi atau abaikan kira2 utk sejahtera di akhirat. Pengamal sihir hanya ingin sifir dunia.
Sihir dan sihir berkait ttg kaya dunia, spt pangkat, jawatan, gelaran, harta, kuasa utk diri, tetapi aniaya org lain. Mereka sebegini ada inferiority complex. Mereka sombong, tamak, dengki, kedekut ttg dunia kerana bodoh akhirat?
Ahad, Ogos 11, 2024
Sukan & Complex
Rabu, Ogos 07, 2024
Ruang Solat Jumaat
Jumaat, Ogos 02, 2024
SCOp
SCOp adalah 3 asas dlm ekonomi. Scarcity, iaitu kekurangan, kekangan atau terhad. Choice, atau pilihan dan keputusan. Opportunity cost atau kos melepas, jika telah dibuat pilihan.
Kehidupan juga berkait dgn SCOp atau KPKm. Sumber utk kehidupan hampir semuanya terhad, spt masa, umur, sihat, kekayaan. Perlu kpd bimbingan dan panduan.
Jangan bodoh sombong, bertanyalah. Jangan tamak, kedekut, berdengki. Semua sumber adalah pinjaman dan sementara.
Khamis, Ogos 01, 2024
Iqra dan Ilmu
Ramai faham iqra sbg baca. Iqra perlu berkait dgn komunikasi, dgn bahasa. Tanpa keupayaan berkomunikasi, dgn bahasa sbg medium, tiada perkongsian ilmu.
Jika kita lemah atau tidak faham bahasa yg digunakan pengajar, ilmu yg kita dpt mungkin sedikit atau tiada. Maka kemahiran berkomunikasi dan menguasai bahasa yg digunakan dlm perkongsian ilmu amatlah penting.
Iqra berkait dgn mendengar, mengulang apa yg didengar. Jika kita pekak secara fizikal, masih boleh berkomunikasi. Tapi jika pekak bukan fizikal, susah nak berkongsi ilmu. Antara pekak bukan fizikal adalah sombong.
Ahad, Julai 21, 2024
Laluan 8 Persekutuan
Laluan dari Bentong ke Kota Bharu
Laluan yg banyak risiko berlaku kemalangan kerana banyak tempat tidak berlampu, sempit, laluan pilihan kenderaan besar spt lori, treler, bas, selain pembinaan csr yg belum siap.
Yg diamanahkan, bermula drpd atas, pemimpin, ketua, cubalah buat mgmt by walkabout atau melalui laluan 8 persekutuan, pada pelbagai masa yg berbeza, spt waktu cuti, malam, hujan, dll.
Komunikasi adalah penting. Komunikasi utk keselamatan dgn menambahkan lampu jalan, lebarkan sisi bertar, papan tanda spt lorong memotong akan tamat dlm 200m 100m 50m beserta lampu amaran berkelip2. Adakan peronda secara berkala.
Pemimpin dan Setia
Pemimpin perlu amanah. Jika tidak amanah, bagaimana boleh dipercayai seseorg itu berkata dgn ilmu yg baik? Amanah merangkumi tugas dan tanggungjawab.
Jika pemimpin tidak amanah, dia bersifat dengki, tamak, kedekut dan sombong. Tuturkata, perbuatan, palaian, gayahidup, hartadunia, jawatan, gelaran, pangkat yg diamanah kpd seorg menunjukkan adakah dia seorang yg amanah dan layak dipanggil sbg pemimpin.
Amanah seorg sbg wakil Allah di dunia adalah menjaga diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar dgn sebaiknya. Jika tidak amanah, tidak layak meminta utk mendapat pengikut, yg setia kpd dirinya.
Sabtu, Julai 06, 2024
Pening/sakit Kepala
Gula dan Sihat
Pagi tadi ada majlis akikah di surau dekat rumah. Alhamdulillah, spt biasa, tuan rumah amat pemurah dlm hidangan makanan dan minuman utk hadirin. Ada buah-buahan, kuihmuih, nasi dgn pelbagai lauk, satay, cendol, dll.
Spt biasa, teguran kpd saya, 'lama xnampak...'. Hadirin yg dikenali adalah kariah surau. Maka kemesraan ada dikalangan hadirin. Tuan rumah dan hadirin saling menjemput hadirin makan. Dijemput mencuba kesemua hidangan, dijemput mengulang hidangan yg telah dicuba.
Antara makanan yg sedap ada cendol, dan serawa durian. Ada yg makan serawadurian berulangkali. Tapi, kami saling mengingatkan, jaga kesihatan. Jaga pengambilan hidangan yg manis.
Paras gula tinggi antara punca kita tidak sihat. Boleh akibat kencing manis, ada yg pengsan, sebab gula tanpa dijaga pengambilan, adalah satu punca utk sakit kembar 3.
Tuan rumah tidak boleh disalahkan menghidang masakan dan minuman yg mengandungi gula. Setiap orang berbeza tahap kesan terhadap kadar gula diambil.
Saya ada bgtau tuan rumah,'haji, saya nak komplen tentang makanan'. Tetamu semeja selan tuan rumah tengok saya dgn muka yg pelbagai. Saya bgtau, '1. makanan dan minuman semuanya sedap. 2. Banyak. 3. Berat badan saya dah naik'. Barulah nampak muka2 senyum. Terima kasih tn haji dan keluarga.
Jumaat, Julai 05, 2024
Pemimpin dan Amanah
Kita semua pemimpin. Peringkat berbeza kecuali utk diri sendiri. Kepimpinan adalah amanah.
Sifat pemimpin adalah beramanah, berilmu pengetahuan, membenarkan, dan menyampaikan serta menyerahkan amanah.Sebaliknya, pengkhianat adalah tamak, dengki, sombong, kedekut. Seorang yg bodoh sombong.
Utk menjadi seorg pemimpin, perlu bijak berkomunikasi, membaca, bertanya, merujuk, menulis, mengira. Elak bodoh sombong walaupun ada pangkat, jawatan, gelaran, kuasa.
Sabtu, Jun 01, 2024
Kematian dan Peringatan
Kenangan di C3K
Deria membolehkan kita tahu. Tapi intepretasi ada yg sama, ada yg berbeza dgn org lain.
Setiap kali berada di rumah arwah nenek, di pasir puteh, kenangan lama akan kembali, kenangan baru akan tercipta. Rumah banyak berubah, sesuai dgn kegunaan semasa.
Jika sampai di c3k pada waktu malam, akan disambut dgn bau harum pokok. Melihat rumah c3k, terasa seronok, gembira, sedih. Mendengar suara2 saudara mara, menikmati makanan spt nasi belauk, nasi dagang, sate dan nasi impit, membuat terasa sebak juga.
Ramai yg telah kembali kpdNya. Arwah tok ayah, wan, beberapa anak menantu mereka, dan juga seorg cucu. Walaupun tiada lagi gelak ketawa mereka, suara masih kedengara di jiwa. Anak cucu cicit baru menggantikan mereka.
Sabtu, April 27, 2024
Raya dan Kurus
Jumaat, April 19, 2024
Raya dan Menumpang
Ahad, April 14, 2024
Raya dan Kereta
Raya dan Jam
Raya dan Rumah Pusaka
Biasanya, semasa raya puasa, dan juga raya haji, ahli keluarga akan berkumpul di rumah pusaka, rumah milik atau tinggalan nenek moyang. Rumah pusaka baru, jika ibubapa kita atau kita menjadi generasi tertua dlm keluarga terdekat.
Raya di rumah pusaka, banyak kenangannya. Bagi kita yg masih ada, kenangan sejak kita kecil sehingga terakhir balik ke rumah pusaka. Seronok bermain bunga api, bersalam-salaman, duit raya, makan masakan nenek, solat ramai2, tunggu giliran ke bilik air, tidur ramai2 di ruang pilihan/tiada pilihan.
Rumah pusaka atau rumah warisan setelah tiada lagi tok ayah dan wan, tidak lagi spt dulu. Alhamdulillah ayah ad pula jadi penjaga. Tapi raya puasa 2024, tak sempat singgah utk beraya.
Selasa, April 09, 2024
Pinjaman dan amanah
Pinjaman dan dunia
Pinjaman dan kredit
Dalam perakaunan, pinjaman, hutang, dan kredit adalah formula, proses, urusniaga. Adakala maksudnya sama, adakalanya berbeza.
Kredit ada pelbagai maksud, spt catitan di sebelah kanan akaun, hutang, pujian. Biasanya utk dapat pinjaman, hutang, pemberi pinjaman mesti percaya dan yakin bahawa yg akan terima hutang dapat bayar balik hutang.
Pinjaman berkait kredibiliti, nama baik penerima pinjaman. Bayarbalik hutang utk jaga namabaik kita.
Pinjaman dan hutang
Khamis, Mac 14, 2024
Keseronokan Bekerja
Rabu, Mac 13, 2024
Sukom
Puasa untuk Sihat
Isnin, Mac 11, 2024
Maaf
Khamis, Februari 29, 2024
Langgar Siling
Langgar Dinding
Selasa, Februari 20, 2024
Kurangkan Kos Negara
Kurangkan pekerja asing bekerja di pertanian, pembinaan, perkilangan, mungkin boleh
1. Kurangkan kos kehidupan rakyat Malaysia
2. Kurangkan jenayah (majikan xbayar gaji - pekerja mencuri merompak, kurang pemandu kenderaan tanpa lesen kemalangan)
3. Kurangkan pecah amanah (kurang salahguna kuasa)
4. Kurangkan kos perumahan (sewa rumah turun, harga rumah turun)
5. Kurangkan aliran ringgit ke luar negara, nilai ringgit meningkat berbanding matawang asing),
Dll
Isnin, Februari 12, 2024
Betul dan Benar
Dlm bahasa inggeris, betul adalah right, benar adalah true/ truth. Amanah pula adalah trust/ trusted/ trustworthy.
Seorg yg amanah lebih tinggi darjat drpd yg benar? Seorg yg benar lebih tinggi darjat drpd yg betul? Yg betul lebih tinggi drpd yg berilmu?
Apabila kita suka kpd seseorg, sesuatu kumpulan, sesuatu organisasi, kita biasapercaya kpd mereka. Yg penting percaya dan yakin kpd yg amanah. Yg amanah akan benar, betul, berilmu.
Rabu, Februari 07, 2024
B.A.(Hon)
Selasa, Februari 06, 2024
Pimpin
Pimpin dlm bahasa inggeris bermakna lead, tunjuk dari depan. Tapi dalam bahasa melayu, pimpin boleh dari depan, boleh dari sisi, boleh dari belakang (dipimpin).
Sebelum kita memimpin, kita perlu dipimpin. Utk dipimpin, kita mesti dengar dahulu. Semak apa yg didengar dengan mengulang secara lisan, atau secara perbuatan. Jika tidak betul, kita diberitahu kesilapan kita.
Seorang pemimpin mesti berilmu. Seorang yg beramanah adalah seorg yg berilmu. Seorg pemimpin dipercayai apa yg dikatakan dan apa yg dilakukannya. Seorg pemimpin mesti berkongsi ilmu yg ada. Jika seorg tidak amanah, dia tidak boleh jadi pemimpin.
Sabtu, Februari 03, 2024
Negara Maju
Ahad, Januari 28, 2024
Kaya & Sejahtera
Sabtu, Januari 27, 2024
Masa Berlalu
Jumaat, Januari 26, 2024
PQRS Kesihatan
Saya suka guna singkatan dgn satu huruf. Mnemonic. Satu cara utk mudah ingat.
P, pressure. Blood pressure, tekanan darah. Antara puncanya adalah xcukup rehat, R, rest. Q, quality & quantity kerja, rehat. S, stres, kesan drpd xcukup rest, kerja yg banyak, atau juga tekanan drpd pelbagai arah.
Seorg kawan lama ingatkan saya, selain diet, senaman, rehat amat penting utk kesihatan. Rehat utk tekanan darah yg sihat. Sebelum direhatkan selama2nya.
Khamis, Januari 25, 2024
Standard
Standard ada pelbagai maksud. Kita dulu maksudkan sbg piawai. Tanda aras, darjah pencapaian. Kualiti.
Ia juga boleh dikaitkan dgn seragam, satu ragam. Uniform, satu bentuk shj pakaian. Ianya memudahkan kita, boleh jimat masa. Tak perlu pening kepala, stres. Ikut aje panduan.
Memudahkan kerja, utk kerja cepat. Org rajin suka, org malas pun suka. Tapi spt kata seorg bekas prof, dan ramai lagi, ada kala kita perlu guna budibicara. Guna akal dan tenaga.
Risiko dan Kewangan
Saraan Selepas Bekerja
Gaji dan Amanah
Gaji dan Upah
Sihat Fizikal
Biasa kita lihat sihat dari segi fizikal. Kemudian mental, emosi dan kerohanian/spiritual/jiwa. Ramai lupa tentang sihat bermasyarakat dan kewangan.
Ramai cuba tunjukkan sihat dan kaya secara fizikal. Tunjuk rumah, perabut, kereta, pakaian, melancong, makanminum secara lisan atau secara bukan lisan - gambar.
Tapi ramai yg menunjuk2 sihat fizikal sebenarnya tidak sihat dlm aspek lain sama ada mental, emosi, rohani kerana keadaan kewangan. Sebab tamak, kedekut, sombong, dengki utk boleh tunjuk kononnya diri lebih tinggi drpd org lain.
Selasa, Januari 23, 2024
Anak Prof
Profesor
Terima Kasih Prof
Sabtu, Januari 20, 2024
Tahap Keperluan
Biasa kita dengar, hierarchy of needs. Penuhi keperluan asas, kemudian baru penuhi keperluan seterusnya. Keperluan asas, utk kehidupan adalah, udara (oksigen), pakaian/tempat tinggal, air, makanan.
Jika berkelana, kita cuba penuhi spt turutan tersebut. Memang perlu berilmu utk penuhi tahap keperluan kita. Dgn ilmu, dapat kita berusaha utk cari duit, utk penuhi keperluan kita.
Tapi kita banyak membazir. Ramai yg diamanahkan memudahkan kita penuhi keperluan kita, tidak amanah. Mereka lebih sibuk penuhi tahap kehendak mereka berbanding tahap keperluan kita.
Tinggal
Isnin, Januari 15, 2024
Tumpang
Kita tumpang kenderaan. Kita tumpang tinggal. Kita tumpang lalu.
Tumpang kerana bukan milik kita. Kita harapkan kebaikan, kesudian, kesediaan, pemilik beri kita tumpang apa yg dimilikkinya.
Di dunia, kita juga menumpang. Sebab kita hanya sementara di dunia. Kenapa kita masih sombong, lalai, dgn kehidupan di dunia ini?
Khamis, Januari 11, 2024
Sementara
Berpindah, bertukar, berubah mengingatkan tentang elemen sementara dlm hidup kita. Tiada yg kekal di dunia utk kita.
Kita banyak membazir. Kita banyak beli, berhutang, kumpul barangan utk bangga di dunia.
Harta, takhta, dll adalah sementara di dunia. Tapi kita asyik mencari dan mengumpul utk kaya dunia. Kita lalai dgn sombong, dengki, tamak dan kedekut, dgn hal dunia. Kita lupa bekalan akhirat.
Isnin, Januari 08, 2024
Berpindah
Pindah
Rabu, Januari 03, 2024
Sentiasa Berpesan
Manusia Mudah Lupa
Orang Tua Tak Sedar Diri
Biasa diberi kpd mereka yg berusia tertentu, melebihi umur tertentu, atau mereka yg telah beranak cucu.
Semalam, saya seorg otts. Saya tak sedar diri, tak ingat apa berlaku diantara berbual dgn seorg kawan di luar gelanggang futsal (10.30mlm) sehingga berada di rumah (1.30pagi). Alhamdulillah, saya berjaya selamat berada di rumah.
Pagi ni ibu ingatkan saya, yg saya masih penat berpindah rumah. Usia dah lanjut, masih tak sedar tahap kesihatan.