Melihat gambar2 di blog encik Hisyam Che Mat di blognya, rindunya kpd suasana alam semula jadi. Pensyarah FSR sepatutnya berasa sedemikian. Dan kita perlu buktikan bhw kita cakap serupa bikin kpd pelajar kita.
Sepatutnya kerinduan saya terubat pd hujung minggu lepas dgn berada di Kenyir. Kita merancang tetapi Allah menentukan. Melihat gambar aktiviti akademik Pulau Kapas terubat sedikit kerinduan, dan menambahkan lagi kerinduan. Jika ianya dilakukan semasa cuti pertengahan semester, mungkin saya dapat turut serta. Kali terakhir saya berada di pulau adalah di pulau Perhentian berhampiran dgn Besut, kampung keluarga saya. Itu pun mengikuti aktiviti pelajar encik Hisyam. Bilakah lagi saya ke Pulau Perhentian?
Dan kerinduan juga kpd Taman Negara. Kali terakhir saya di Kuala Tahan pada bulan Januari 2009. Sekarang dah pun bulan Ogos. Sudah 7bulan saya tidak ke sana. Pada tahun 2008, saya pernah ke Kuala Tahan semasa bulan puasa. Tugas rasmi membawa pelajar melakukan kajian awal. Maka tiada masalah untuk di Kuala Tahan pada bulan puasa.
Ramai yg kerap bertanya kpd saya,'Kenapakah saya suka berada di tempat2 sebegini?'. Susah utk saya jawab. Yang boleh saya katakan, 'Anda perlu mengalaminya sendiri untuk menjawab soalan tersebut'. Bukan kerana saya ini berasa saya pakar rekreasi dsbnya. Mungkin bg saya, ianya mengingatkan saya akan keagungan Ilahi apabila saya berada di tengah hutan, di tengah samudera. Dan saya akan mengucapkan 'Subhanallah dan alhamdulillah'.
1 ulasan:
Allahuakbar
Catat Ulasan