Sekali lagi saya ditawarkan ke bahagian lain. Dan tawaran ini disampaikan terus oleh ketua bahagian tersebut. Dia menawarkan jawatan yg memerlukan saya melapor terus kpdnya. Dan pelantikan itu drpd no1 dlm organisasi saya.
Saya hanya perlu jawab ya sahaja. Yg lain2 akan diuruskan. Saya rasa amat terharu apabila ditawarkan jawatan ini. Tapi saya nyatakan bhw saya ada lagi 9bulan utk tamatkan lantikan sekarang. Kalau inginkan saya juga, boleh tak saya dilantik setelah tamat lantikan sekarang. Kawan2 menyatakan bhw begitulah hakikat seseorang yg boleh bekerja. Mereka ini akan sentiasa dicari oleh bahagian lain.
Memang seronok apabila diberi pengiktirafan bhw kita berharga kpd organisasi. Kita memang dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn baik. Saya doakan agar saya akan dapat terus menjalankan tugas dan tanggunjawab dgn penuh amanah.
2 ulasan:
Congrats CEBAD
tq.tapi paling cepat pun bulan 12 ni kena tukar jawatan.
Catat Ulasan