Akhirnya. Setelah diingatkan oleh seorang kawan, maka saya pun ke JPN utk menukar KP BungaRaya saya kpd MyKad.
InsyaAllah, 10hari drpd sekarang pd 7 Ogos, MyKad saya akan saya terima drpd JPN. Memang telah lama saya nak tukar KPBR saya kpd MyKad. Sejak mula MyKad dikeluarkan. Pelbagai alasan boleh saya beri. Seperti kata Prof Kamil, 'Bad, u ni semua lambat'. Banyak maksud Prof Kamil. Setiap kali saya menaiki kapalterbang, saya akan ditegur oleh pegawai keselamatan, 'Encik, ni KP lama'. Saya jawab,'Pak Lah bagitau masih sah digunapakai lagi'.
Gambar di atas adalah lebihkuranglah gambar saya nanti di dalam MyKad. Saya minta di'touch-up' jerawat di atas dahi saya. Pagi tadi gatal pulak nak pecahkan jerawat. Jawab petugas JPN,' Maaf encik, kita tak dapat lakukan kerana guna kamera'. Saya masih berdoa agar jerawat saya dapat di'cover'. Maklumlah sedang remaja.
1 ulasan:
tak boleh tahan la bila cerita pasal jerawat zaman remaja ni...hahhah
Catat Ulasan