Peraturan dan undang2 untuk memudahkan hidup kita. Ianya untuk membolehkan kita menjalani hidup di dunia dan akhirat dengan aman dan sentosa. Ianya membolehkan kita hidup dengan mengurangkan kos ditanggung pada kadar optimum.
Larangan bermain mercun adalah satu contoh. Bila dah sakit atau kudung anggota, akan menyusahkan ramai pihak. Pesakit, pesalah (jika berbeza) ahli perubatan, ahli keluarga pesakit dan pesalah, dan ramai lagi. Jika tak bermain mercun, ramai org kita tak susahkan. Kurang juga yg hilang pahala puasa kerana memarahi pemain dan peminat mercun.
Agaknya, apakah hukumnya daripada Islam bermain mercun? Duit dibakar. Buat bising. Menimbulkan kemarahan orang. mengganggu orang lain. Permudahkan hidup kita dan orang lain.
2 ulasan:
sebenarnye budaya bermain mercun nie berasal dari orang cina...
india pulak cahaya... saya agak jer... mungkin bagi mereka yang bermain mercun adalah cara mereka menyambut syawal... perginya Ramadhan..... pandangan saya mereka lupa apa yang pernah dibelajar sewaktu dulu... susah nak larang... mercun yang masuk lagi banyak daripada dirampas...
Ini sebenarnya berkaitan keseronokan duniawi. Ianya berkaitan materialistik. Jika materialistik ditolak ke tepi, insyaAllah hidup dunia dan akhirat berbahagia untuk kita.
Catat Ulasan