Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, September 03, 2010

Jawatan dan Kehormatan

jawatan selalunya datang dgn kehormatan. maknanya, jika kita pegang jawatan, maka kita akan dihormati. dan jika kita tiada jawatan, maka kita tidak dihormati? maka ini mungkin menyebabkan ada yg gilakan jawatan. sebab takut jika tiada jawatan, mereka tiada lagi dihormati.

kehormatan adalah tanda kredibiliti kita. tanda reputasi kita. spt jawatan diberi kerana kita dipercayai dpt menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn amanah. pendidik selalunya dihormati oleh masyarakat. maka kehormatan kpd seseorang adalah tanggapan pihak lain kpd kebolehan satu pihak utk memberi kebaikan kpd masyarakat (atau sebaliknya jika budaya masyarakat itu adalah buruk).

jika jawatan dikejar utk kebaikan peribadi dan bukan utk masyarakat dan organisasi, tak payahlah ya. dan jika dah lama pegang jawatan tetapi tiada hasil positif atau tiada produktiviti, baik jangan sambunglah. kalau kita dihormati walau tanpa jawatan, ianya bermakna peribadi kita dihormati, bukannya pejabat kita.

Tiada ulasan: