kita umat islam diberi rahmat utk kaya secara halal pada tiap2 hari. kaya dan berjaya. bagaimana? kita diingatkan minima 5kali sehari. iaitu setiap kali azan berkumandang. dan kemudiannya apabila diqamatkan.
maka kita diajak utk berjaya dan kaya melalui solat. 'haiyya ala solah, haiyya ala falah'. marilah kita dirikan solah,marilah kita menuju kejayaan. kejayan bg saya berkaitan dgn kekayaan. maka mereka yg tidak solat sebenarnya tidak kaya dan berjaya di dunia dan akhirat. sebab kita berjaya dan kaya apabila kita sedar siapa kita ini.kita adalah hamba Allah.
maka setiap kali kita solat, kita akui kepada kebesaranNya. kita syukuri segala nikmat yg kita terima drpdNya. kita berdoa utk mendapat rahmat dan rezeki drpdNya utk kesejahteraan hidup kita dan mereka yg kita kasihi di dunia dan akhirat. maka jom kita kaya tiap2 hari.jom kita solat pada waktunya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan