Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, September 05, 2010

Malam ke 26 Ramadan 1431h?

malam ini adalah malam ke 26ramadan hijrah utk kita di malaysia. di negara2 lain mungkin malam ramadan yg berbeza. ini buat saya rasa pelik. kenapa tak diselaraskan.

ada negara yg dah tetap akan beraya pada 9sep 2010. adakah kerana cukup 30 hari ramadan? jika kerana cukup 30 hari bulan ramadan, ini bermakna malam ini adalah malam ke27 ramadan. malam yg ramai katakan sbg malam lailatul qadar.

di tempat saya hujan bermula drpd waktu maghrib. sekarang hujan masih renyai2. kesannya, pokok2 akan tunduk ke bumi. suasana sejuk dan nyaman. cahaya lampu jalan samar2. lebih kurang tanda2 malam lailatul qadar. jom kita penuhkan malam ini dgn ibadat. kita belum pasti dpt berjumpa dgn ramadan 1432h.

berdoalah utk kesejahteraan dunia dan akhirat. mohonlah kebaikan dan kebajikan utk kita, ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai. jangan lupa juga umat islam, dan mereka yg telah pergi terdahulu drpd kita utk menemuiNya, Allah Tuhan Yang Satu, tiada tuhan selain Allah.

Tiada ulasan: