Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, September 05, 2010

Masih Sombong

dalam media sekarang diwar2kan cara berhemah di jalanraya. ianya utk keselamatan diri dan masyarakat. gunakanlah cermin sisi. gunakanlah lampu tanda. bersopansantun di jalanraya. macam2 lagi nasihat dan pesanan.

tapi yg degil tetap degil. tali keselamatan tak dipakai. lampu tanda tak digunakan apabila nak tukar laluan. lampu isyarat tak dipatuhi. berhenti ikut suka aje apabila nak membeli di gerai di tepi jalan. penunggang motorsikal tidak menggunakan laluan sikal.

ini antara sikap tidak bertanggungjawab. sikap orang tak berilmu atau kurang ilmu. sedar ya, kereta besar, kereta baru bukan lambang ilmu kita lagi tinggi drpd orang lain. bukannya tanda supaya kita dihormati oleh orang lain. TPM maklumkan kos kemalangan pada tahun lepas adalah rm 9billion. maka mereka yg terlibat dgn kemalangan kerana kesombongan dan kedegilan adalah pembazir. mereka secara sengaja menghabiskan wang ringgit yg boleh digunakan utk kebaikan dan kebajikan masyarakat.

mereka yg sombong dan menyebabkan kemalangan adalah tidak amanah dgn harta kerajaan. bukan shj masa dan tenaga kakitangan kerajaan spt polis, bomba dan hospital dibazirkan. pembaziran termasuk masa kepada mereka yg terlibat dlm kesesatan lalulintas. jika kos satu jam kpd seorang yg terlibat adalah rm50, kiralah kos jika libatkan 1,000 pengguna kenderaan, iaitu rm50,000. tetapi kos juga termasuk wear n tear kpd kenderaan, masa kerja yg produktif, dsbnya.

Tiada ulasan: