Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Ogos 04, 2010

Ke-Malang-an Kenderaan

Pagi tadi dlm perjalanan ke UiTM, berlaku kesesakan lalulintas di federal highway (Laluantinggi Persekutuan?). Ada kemalangan yg melibatkan lebh 5buah kereta di laluan ke arah subang jaya dari shah alam, sebelum stesen minyak shell.

walaupun kemalangan di laluan ke arah subang jaya, tetapi kesesakan jalan melibatkan kedua2 hal. ke arah shah alam, kesesakan selesai selepas kawasan kemalangan. memang biaslah, (dan membahayakan) pemandu di kedua2 arah memperlahankan kenderaan utk memerhatikan drama yg berlaku.

kesesakan dari arah shah alam melepasi laluan masuk ke pkns dari kelang. alhamdulillah, setiba saya di situ, kesan kesesakan masih belum melibatkan kenderaan dari dalam shah alam ke luar shah alam. kenapa berlaku ke-malang-an? salah siapa?

pandangan saya, (1) menukar 'lane' tanpa memberi insyarat, (2) lampu brek tidak berfungsi, (3) memandu terlalu laju (4) memandu amat rapat dgn kenderaan hadapan, yg semuanya adalah berkaitan pemandu 'tidak kisah' tentang keselamatan pemandu lain. pemandu kurang berkualiti walaupun memandu kereta berharga mahal.

Tiada ulasan: